Borak Bersama Hanza : Pernah Didenda Sebab Nak Jadi Kartunis

Sebelum ini, Matkomik berBorak dengan Syewe Yoss - seorang student medic yang mempunyai bakat melukis komik luarbiasa dan kali ini pula Borak bersama pemenang tempat kedua CKOM2015 iaitu Hanza dengan karya Panda-Man. Jom ikuti berbual ini yang di lakukan melalui email.

1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?

Saya merupakan pelajar kursus animasi di universiti Multimedia, berumur 20 tahun. Dulu bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Saya mula melukis sejak kecil lagi (saya sendiri pun tak ingat bila) dan mula melukis komik secara serius selepas SPM.

Saya dibesarkan dalam masyarakat yang (pada pendapat saya) memandang rendah terhadap komik dan sudah beberapa kali saya dinasihatkan untuk berhenti melukis tapi saya ni jenis yang keras kepala. Haha. Pernah sekali saya didenda berdiri oleh cikgu bila menyatakan saya nak jadi kartunis. Bila saya kata nak jadi arkitek barulah saya dibenarkan duduk semula. Haha. Tapi Alhamdulillah, sekarang impian saya (boleh dianggap) dah tercapai dan saya dapat lanjutkan pelajaran ke kursus yang saya minat; animasi. 

2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir?

Saya dapat idea untuk hasilkan komik Panda-Man sebenarnya dari watak Panda-Man sendiri. Watak Panda-Man merupakan oc (original character) saya sejak tingkatan 5 lagi.

Pendek kata, idea untuk hasilkan cerita ini sudah ada sejak itu, saya cuma menghidupkan idea ini balik saja. Proses penghasilan mengambil masa kurang dari 2 minggu (nasib baik waktu itu cuti sem) dan saya terus emailkan kepada Matkomik sebab saya yakin saya tak akan menang. Tapi tak sangka menang pula. Haha.

3. Anda melukis secara digital atau manual? Mengapa?

Dulu saya melukis komik secara manual sebab saya belum mahir menggunakan wacom tablet dan digital software.Tapi sekarang saya dah berhijrah ke full digital sebab lebih senang dan jimat bajet. Tapi secara jujurnya, pada pendapat saya melukis secara manual lebih best cuma tiada function 'ctrl+z'. Tapi kalau lukis digital pun, kalau lupa tekan 'ctrl+s' boleh naik gila juga. Haha.

4. Nasihat untuk pelukis komik baru?

Jangan takut untuk mencuba, dan jangan takut untuk melukis komik. Saya pun start dari zero jugak. Haha. Dulu sebelum spm saya tak kenal pun apa tu needle point pen, artline pen, etc. Dan dulu saya pun takut nak guna photoshop sebab takut susah. Nak guna paint tool sai pun kacau kawan 24 jam suruh ajar sedangkan sai adalah antara software yang paling senang. Storyline? Saya pun masih merangkak lagi untuk hasilkan storyline yang best :') Tapi buat je lah, orang kata cliche kisah apa. Haha. Benda ni pun ambil masa juga nak belajar. Apa yang penting, start first.

5. Dan, akhir sekali pandangan anda tentang laman website Matkomik

Bagi saya website Matkomik adalah medium yang bagus untuk mempromosikan komik tempatan terutamanya karya beginner. Kalau saya ada masa, memang saya lukis komik banyak2 dan hantar ke Matkomik. Haha.

Media Sosial Hanza:


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

Cara Hantar Komik Secara Online