CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!. Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan juga karya korang berpeluang dicetak oleh syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia iaitu Komik-M.

Tema yang dipilih untuk #CKOM9 kali ini ialah 'ZOMBIE'. Yup!, korang bebas untuk hasilkan komik pelbagai genre, jangan tertumpu pada genre seram sahaja. Yang penting isi kandungan komik korang kena ikut syarat dan peraturan yang telah ditentukan. Terdapat 2 kategori, iaitu Terbuka dan 18 tahun kebawah. Korang boleh pilih mengikut kategori atau umur untuk sertai pertandingan ini.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia.

TEMA

ZOMBIE

Maksud Zombie disini adalah makhluk fiksyen samaada manusia atau binatang yang hidup semula selepas mati. Sifat dan tubuh badannya tidak sempurna seperti kehidupan makhluk biasa. Ia tidak boleh berfikiran secara waras dan tabiatnya suka menyerang manusia sekaligus memakannya. Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 Muka surat sahaja tidak termasuk muka depan berdasarkan tema ‘ZOMBIE’.

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.
  • Pelukis / penulis yang telah ada komik solo di bawah terbitan pihak Komik-M TIDAK LAYAK sertainya.
  • Pemenang CKOM ke-7 dan CKOM ke-8 yang mana tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) TIDAK LAYAK sertainya. Untuk lihat pemenang CKOM sebelum ini klik sini
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, Hakcipta karya sepenuhnya dipegang 100% oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.

SYARAT ISI KANDUNGAN KOMIK

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penghasilan komik menggunakan Kecerdasan Buatan atau A.I TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  • Penggunaan perkataan dialog ringkas tidak dibenarkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpamanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu mengikut garis panduan Komik-M daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Anda boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my dan https://www.shopee.com/komikm
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

CARA PENGHANTARAN KOMIK

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja melalui borang yang disediakan.
  • Jika lukisan komik secara manual, anda perlu mengimbas / scan komik tersebut.
  • Fail format adalah dalam bentuk format .jpeg atau .png sahaja.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah keseluruhan saiz fail komik (10pg) tidak melebihi 12MB.
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • AMARAN! Jangan muatnaik karya komik penyertaan anda dimana-mana media sosial sepanjang pertandingan ini berjalan.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari selepas tarikh penghantaran(jika komik anda tiada masalah).
  • PENTING! Kesemua komik penyertaan CKOM akan dipaparkan / muatnaik hanya 5 muka surat sahaja sebagai PREVIU.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 15 Mac 202415 Mei 2024 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Dengan anda menghantar karya, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.

HADIAH

  • Tempat Pertama : Akan diberitahu kelak
  • Tempat Kedua : Akan diberitahu kelak
  • Tempat Ketiga : Akan diberitahu kelak
  • 5 x Saguhati : Akan diberitahu kelak.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.
Jom ramai-ramai sertainya!. Sebarang pertanyaan, anda boleh komen dibawah atau email kepada pihak kami -> hai@matkomik.com

* Dikemaskini 14/03/2024

Comments

  1. Dpi dia berapa tuan

    ReplyDelete
  2. Satu dua kucing berlari
    Cuba teka siapa saya

    ReplyDelete
  3. Bila tarikhnya buka? Kenapa ada mangga kat hantar komik tu? Bila boleh hantar?

    ReplyDelete
  4. Muat naik hanya 5 muka surat tu saya tak faham sikit encik? Taknak full ke?

    ReplyDelete
  5. Kenapa ada lock ye dekat button hantar komik tu?

    ReplyDelete
  6. Hurmm mana bahagian ckom 9 ye? Nak tengok karya peserta lain!😁

    ReplyDelete
  7. Kenapa borang dia tak tunjuk penuh?

    ReplyDelete
  8. kat mana nak tengok submission peserta2 yang dah approve

    ReplyDelete
  9. Font komik nak pakai yang mana?

    ReplyDelete
  10. umur 20 boleh join kah?

    ReplyDelete
  11. Saya dh send komik saya, kenapa takde kat senarai ckom 9, huhu

    ReplyDelete
  12. mana komik ckom9 yg lain? 😭

    ReplyDelete
  13. baru 4 je eh yang dah tunjuk dkt website

    ReplyDelete
  14. Dapat sijil tak? Boleh ke masuk dlm pajsk? Thanks

    ReplyDelete
  15. Memang baru 5 je ke komik ckom9 yang ada?

    ReplyDelete
  16. saya dh submit komik dh lama dh, tapi takde di website, adakah dibolehkan untuk saya submit sekali lagi komik saya pada borang penghantaran komik?

    ReplyDelete
  17. Saya rasa button like dkt websitu tu tak berfungsi la.. kalau tekan je dia hilang atau keluar simbol 'file not found' minta admin betulkan ya, kesian peserta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah jumlah orang yang Like melalui akaun FB. Kalau nak banyak Like,shate di FB pastu suruh orang Like.

      Delete
  18. Dkt size muka surat tu (A4) utk satu muka surat. Tapi double spread untuk dua muka surat boleh ke? Sbb tu dh x dikira A4 la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat macam biasa jerk takyah double spread..

      Delete
  19. Helo, Aku sudah submit komik bernama "Tinka" dari tamat Feb, tapi takde di Ckom9.... boleh huraikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana komik anda tidak mengikut tema..

      Delete
    2. Minta maaf, ceritanya berdasarkan dari visi gadis(tinka), dia melihatkan seorang zombi seperti seorang fantasi kerena matanya ada bintang

      Delete
  20. Maaf, 15hb ialah hari terakhir tuk submit atau 15hb memang tidak boleh submit? Tengah rushing tuk siapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sempat lagi. Tarikh tutup dilanjutkan ke 15 Mei 2024

      Delete
  21. Boleh tak ada unsur keganasan? Sebab saya nak cuba buat thriller zombie

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19