Cara Hantar Komik Secara Online




Di zaman teknologi sekarang, cara menghantaran komik tak semestinya dengan menggunakan surat semata-mata. Anda juga boleh menggunakan email. Dengan menggunakan email anda bukan sahaja membantu kerja posman menjadi mudah tetapi ia juga merupakan cara yang pantas untuk mendapat respon dari editor komik, samada karya komik anda di terima atau di rejek.

Jika anda ingin menggunakan email untuk menghantar komik anda, perlulah di ingati ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu dahulu. Anda TIDAK BOLEH sewenang-wenang menghantar email dengan begitu sahaja, attach komik pastu send... Jika nak karya anda di rejek 100% silalah buat begitu.


Untuk itu di sini saya kongsikan beberapa tip untuk menghantar email dengan betul ;

1. Menghantar email kepada orang yang betul!

Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Anda perlu mengetahui kepada siapa yang perlu hantar komik anda. Untuk mendapat email orang yang betul, anda boleh rujuk di produk keluaran komik syarikat tersebut. Lihat mukasurat komik yang menyatakan jawatan  'Editor'. Kebiasaannya mereka akan meletakkan alamat email di bawah nama mereka.

2. Pastikan anda mempunyai alamat email

Macam mana kalau nak hantar email, jika anda sendiri tidak mempunyai alamat email. Pastikan anda mempunyai akuan email yang sah. Anda boleh daftar secara percuma dengan google, yahoo dan seumpanya.

3. Tajuk! Tajuk! Tajuk!

Ini adalah sangat penting sekali!, budak-budak sekarang kalau hantar email memang tidak suka letak tajuk. Tak tahulah kenapa?. Kenapa penting tajuk email?. Dengan adanya Tajuk/Subject yang menarik perhatian, peratusan untuk editor membaca email anda adalah tinggi. Untuk pengetahuan anda, kerja editor adalah sangat memeningkan kepala, dan jika mereka terlihat email sebegini. Tindakan yang kemungkinan akan diambil ialah membuang atau DELETE email!!

Contoh tajuk email yang sesuai ialah -

  • Proposal Komik 100 mukasurat (Nama Anda)
  • Cadangan Komik (Nama Anda)
  • Proposal Komik Semuka Untuk Majalah .....
  • Berminat Untuk Berkarya di Syarikat tuan
Ini hanya beberapa contoh tajuk email. Anda boleh reka sendiri dengan lebih menarik perhatian Editor komik.

4. Nyatakan Sinopsis dan Genre Komik

Anda perlukan nyatakan secara ringkas sinopsis cerita anda, dan pastikan jangan membiarkan sinopsis anda tergantung. 

Contohnya : Ahmad ialah seorang superhero, dia mendapat kuasanya dari cincin yang diberikan oleh atuk kepadanya. Dengan tiba-tiba ada makhluk asing datang ke Malaysia untuk menakluk dunia. Adakah Ahmad akan dapat menyelamatkan bumi?

Sinopsis begini memang tidak digemari oleh para editor. Kalau boleh nyatakan dengan jelas cerita anda, dan juga genre atau jenis komik anda. Samaada seram, lucu, romantik, politik  dan lain-lain.

5. Lampirkan Karya Komik


Lampir atau attach beberapa mukasurat karya komik anda. Jangan attach semua karya komik anda dalam satu email. Editor hendak lihat terlebih dahulu, jika karya komik anda sesuai dengan syarikat mereka. Barulah anda akan mendapat email balas dari editor komik.

6. Tunggu..Tunggu..Tunggu..


Proses ini mungkin mengambil masa sedikit, editor perlu melihat karya komik anda terlebih dahulu, berbincang dan jika sesuai mereka akan memberi maklumbalas kepada anda. Jika sudah terlalu lama anda menunggu dan tidak mendapat jawapan apa-apa. Anda boleh email semula kepada editor tersebut dengan bahasa yang elok. 

Jadi, setakat inilah perkongsian saya, jika ada maklumat tambahan atau kemusykilan bolehlah anda nyatakan di ruang komen anda. Sekian

Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia


Comments

  1. terima kasih atas perkongsian saya akan cuba cara itu

    ReplyDelete
  2. Its use in numerous nations is introduced with a stress on Indian zero and its transmission. The world acceptance of zero was not with out opposition/problems. People celebrated the third millennium on January 1, 2000. They celebrated the passing of only 1999 years since, when the calendar was arrange, no 12 months 0 was specified. Most folks could not grasp why 퍼스트카지노 the third millennium and twenty-first century started on January 1, 2001 AD, although one may forgive the unique calendar error.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!