Posts

Showing posts with the label borak

Borak Bersama Al-Hafiz : Melukis Manual Lebih Memuaskan

Image
Ok, sekarang giliran pemenang pertama Cabaran Komik Online Malaysia 2015 , Al-Hafiz. Kita ikuti Borak bersama beliau yang di lakukan melalui email ini. Klik Disini Untuk Segmen Borak Sebelum Ini 1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Saya berasa dari Pendang, Kedah. mula melukis sejak kecil kerana minat tetapi tidak pernah mendapat apa-apa pendidikan tentang art.. Selepas tamat sekolah pondok saya mula bekerja. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya pernah menjadi kartunis secara freelance selama hampir dua tahun. Berkarya di dalam majalah 'Blues Selamanya' terbitan syarikat MOY Publication. Saya kini bekerja sendiri dalam bisnes percetakan baju dan masih terus berkarya tetapi hanya sebagai hobi.. 2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir? Selepas mandapat berita tentang cabaran komik online dan ia berkonsepkan tentang cinta saya hanya mendapat idea sepintas lal...

Borak Bersama Hanza : Pernah Didenda Sebab Nak Jadi Kartunis

Image
Sebelum ini, Matkomik berBorak dengan Syewe Yoss - seorang student medic yang mempunyai bakat melukis komik luarbiasa dan kali ini pula Borak bersama pemenang tempat kedua CKOM2015 iaitu Hanza dengan karya Panda-Man . Jom ikuti berbual ini yang di lakukan melalui email. 1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Saya merupakan pelajar kursus animasi di universiti Multimedia, berumur 20 tahun. Dulu bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Saya mula melukis sejak kecil lagi (saya sendiri pun tak ingat bila) dan mula melukis komik secara serius selepas SPM. Saya dibesarkan dalam masyarakat yang (pada pendapat saya) memandang rendah terhadap komik dan sudah beberapa kali saya dinasihatkan untuk berhenti melukis tapi saya ni jenis yang keras kepala. Haha. Pernah sekali saya didenda berdiri oleh cikgu bila menyatakan saya nak jadi kartunis. Bila saya kata nak jadi arkitek barulah saya dibenarkan duduk semula. Haha. Tapi Alhamdulilla...

Borak Bersama Syewe Yoss - Pemenang Ketiga CKOM2015

Image
Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2015) telah kita ketahui. Tahniah! di ucapkan sekali lagi kepada pemenang. Pastinya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pemenang-pemenang tersebut. Untuk itu segmen 'BORAK' di perkenalkan. BORAK  adalah sebuah wawancara atau temubual secara santai bersama pelukis komik . Kita akan mengetahui bagaimana pelukis komik mendapat inspirasi, tips dan teknik untuk melukis komik, melukis guna manual atau digital dan banyak lagi yang akan di kongsikan. Bagi segmen borak kali ini, kita akan berborak bersama pemenang tempat ketiga CKOM2015 iaitu saudari  Syewe Yoss . Ikuti di perbualan ini yang di buat melalui email. 1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Seperti kanak-kanak lain, saya juga suka menonton kartun dan membaca komik sejak kecil, malah kebanyakan ahli keluarga saya (pakcik dan makcik) juga meminati anime dan manga membuatkan saya membelek banyak komik sebelu...