Posts

Showing posts from December, 2023

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Pertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!. Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan juga karya korang berpeluang dicetak oleh syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia iaitu Komik-M . Tema yang dipilih untuk #CKOM9 kali ini ialah 'ZOMBIE' . Yup!, korang bebas untuk hasilkan komik pelbagai genre, jangan tertumpu pada genre seram sahaja. Yang penting isi kandungan komik korang kena ikut syarat dan peraturan yang telah ditentukan. Terdapat 2 kategori, iaitu Terbuka dan 18 tahun kebawah . Korang boleh pilih mengikut kategori atau umur untuk sertai pertandingan ini.