Posts

Showing posts from December, 2015

Raikan Pemenang CKOM2015 di Aeon Au2 Setiawangsa

Image
Alhamdulillah akhirnya.. Sukacita Matkomik nyatakan di sini, pihak Komik M akan menganjur acara pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015 bertempat di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa),KL pada tarikh 2hb Januari 2016 . Acara akan bermula jam 2.30 petang . Insha Allah. Untuk pengetahuan, pemenang akan di umumkan pada acara tersebut, jadi Matkomik pun tak tahu siapakah yang pemenangnya. Untuk itu, kesemua peserta CKOM2015 digalakan untuk hadir bagi mengetahui lebih lanjut. Selain dari itu, 10 karya finalis CKOM2015 akan di pamerkan. Penantian korang selama ini berbaloi!!  Nyatakan status kehadiran anda di sini -->  http://bit.ly/kehadiranckom2015

100 Lebih Karya Komik Sertai CKOM2015 - Karya Manakah Yang Akan Menang!

Image
108 Penyertaan!! . Penyertaan CKOM2015 kali ini memang di luar jangkakan Matkomik. Jauh lebih baik dari CKOM2014 . Terima kasih kepada kesemua yang telah memberi sokongan dan menyertai cabaran ini. . Sepertimana yang korang tahu, penyertaan untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015 telah TAMAT pada 31 November 2015. Jadi bagi sesiapa yang tak sempat dan juga kepada karyanya yang di tolak, korang boleh cuba untuk CKOM2016 pula. . Kini kesemua penyertaan ini akan diserahkan kepada Juri Profesional untuk di nilai. Dengan penyertaan yang banyak begini, jadi berilah masa kepada juri untuk menilai dengan sebaik-baiknya karya anda. . Untuk penentuan 'Komik Online Paling Popular' pengundian awam akan di lakukan sehingga 5 Disember 2015   10 Disember 2015 . Selepas tarikh ini pengundian tidak akan di kira. Baca kesemua peserta karya komik CKOM2015 --> http://bit.ly/ckom2015