CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!. Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta karya akan dicetak.

BERITA BAIK! Cabaran Komik Online Malaysia / CKOM pada kali ini ada tambahan kategori iaitu bawah umur 15 tahun. Jadi adik-adik yang berbakat boleh sertainya jangan lepaskan peluang ini.

Tema #CKOM8 kali ini ialah 'SEKOLAH'.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia.

TEMA

SEKOLAH
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 Muka surat berdasarkan tema ‘SEKOLAH’. Anda boleh ceritakan pelbagai perkara yang berlaku di sekolah, ada kisah seram, lucu, cinta dan banyak lagi. Jangan hanya tertumpu kisah cikgu dan anak murid sahaja. Penjaga bangunan, warden, mak cik cleaner dan banyak lagi ada cerita yang anda boleh kongsikan.

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.
  • Pelukis / penulis yang telah ada komik solo di bawah terbitan pihak Komik-M tidak layak sertainya.
  • Pemenang CKOM ke-6 dan CKOM ke-7 yang mana tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) tidak layak sertainya. Untuk lihat pemenang CKOM sebelum ini klik sini
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang 100% oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.

SYARAT ISI KANDUNGAN KOMIK

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penggunaan perkataan dialog ringkas tidak dibenarkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu mengikut garis panduan Komik-M daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Anda boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my dan https://www.shopee.com/komikm
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

CARA PENGHANTARAN KOMIK

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja melalui borang yang disediakan.
  • Penghantaran komik hendaklah mengikut kategori. Untuk kategori bawah 15 tahun, hanya untuk berumur 15 tahun kebawah sahaja. Untuk terbuka pelbagai umur boleh sertai.
  • Lukisan komik secara manual, anda perlu mengimbas / scan komik tersebut.
  • Fail format adalah dalam bentuk format .jpeg atau .png sahaja.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah keseluruhan saiz fail komik (10pg) tidak melebihi 12MB.
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • AMARAN! Jangan muatnaik karya komik penyertaan anda dimana-mana media sosial sepanjang pertandingan ini berjalan.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari (jika komik anda tiada masalah).
  • PENTING! Kesemua komik penyertaan CKOM akan dipaparkan / muatnaik hanya 5 muka surat sahaja sebagai PREVIU.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 12 Februari 202331 Mac 2023 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Dengan anda menghantar karya, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.

HADIAH

    KATEGORI TERBUKA

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 2500
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1500
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 1000
  • 5 x Saguhati : Wang Tunai RM 700.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.
  • KATEGORI PELAJAR (UMUR BAWAH 15 TAHUN)

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1000
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 800
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 600
  • 5 x Saguhati : Wang Tunai RM 500.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.
Jom ramai-ramai sertainya!. Sebarang pertanyaan, anda boleh komen dibawah atau email kepada pihak kami -> hai@matkomik.com

* Dikemaskini 10/2/2023

Comments

  1. Lukis pakai ipad boleh ke? Adakah tu dikira manual?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, send komik tu dalam bentuk pdf atau send satu2 muka surat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya terima format png/jpeg..hantar satu2 pun boleh.

      Delete
    2. nak tanya, kalau nk hntr satu satu file tu...kena isi borang yang sama berulang kali lh yer..sampai semua muka surat dah hntr??

      Delete
  3. maaf, komiknya kena lukis digital atau manual?

    ReplyDelete
  4. Dapat sijil tak? Untuk markah pajsk

    ReplyDelete
  5. Boleh lukis guna pen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mohon kelonggaran boleh guna pen biasa dan pensel. Sebab lukisan digital yg ada lebih plbagai bntuk, kepekatan dan grayscale dibolehkan. Mohon dibolehkn, asalkan grayscale. Boleh tak?

      Delete
  6. Kalau ade dialog pasal lagu English boleh ke? Boleh ke guna perkataan macam 'tak' daripada guna tidak, itu dikira sebagai perkataan ringkas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu English boleh. Perlu guna perkataan penuh

      Delete
  7. Apa itu pengunaan perkataan dialogue ringkas?

    ReplyDelete
  8. Nk tanya boleh ke kalau pakai perkataan macam 'tak' daripada 'tidak' ataupun guna 'ni' daripada 'ini'

    ReplyDelete
  9. kalau nak guna perkataan cth 'tak' atau 'ni' untuk dialog saja boleh ka. untuk cara percakapan karakter. saya study ckom lama2 masih guna perkataan2 mcm tu.

    ReplyDelete
  10. Kalau perkataan ringkas seperti 'nak' 'kat' 'kan' 'tak' 'pun' 'kot' ' tidak dibenarkan ke? Saya nak kepastian.

    ReplyDelete
  11. Jika guna digital, size canvasnya apa?

    ReplyDelete
  12. nak tanya, kalau nk hntr satu satu file tu...kena isi borang yang sama berulang kali lh yer..sampai semua muka surat dah hntr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kena hantar sekaligus ( 10 muka surat termasuk 1 cover kalau ada. ).

      Masa isi borang, scroll bawah sikit, tekan upload komik. Disitu awak kena pilih ikut urutan.

      cover komik ( kalau ada ), dan 10 muka komik yang telah dihasilkan.

      Harap membantu. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. tapi file saya 90mb, mcm mana nk hntr klau mcm tu?

      Delete
    4. Awak kena "tukar resolution" komik awak

      Kalau awak guna 'clip studio paint', awak boleh click 'edit', 'change image resolution', kemudian pilih 'high accuary, dan tukar 'dpi' ke '72'. ( Pilih 72 dpi untuk kurangkan saiz file. )

      Jika awak guna sotfware lain, awak boleh cari tutorial mengenai 'change image resolution'. Saya harap awak fahamlah apa yang saya sampaikan ni. 😅

      Delete
    5. Selepas awak tukar resolution asal ke 72 dpi dan jadikan ke PNG/JPG.

      Jangan lupa UNDO balik untuk kembali ke resolution asal dan SAVE file tersebut. Sebab, mana tahu komik awak akan dipilih! 🥰

      Delete
    6. Oh ya, pastikan selepas dah tukar 'resolution', pastikan 'dialog' boleh dibaca.

      Sebab saya pun mempunyai masalah mengenai size text susah dibaca selepas tukar resolution ni.😭😭

      Delete
    7. Kalau awak rasa cara ini tak berkesan. Saya minta maaf. Saya tak boleh bantu lagi...

      Delete
    8. okayy terima kasihh :)

      Delete
    9. Sama-sama! (⁠≧⁠▽⁠≦⁠)

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Aslm .. kalau saya hantar komik saya dalam format zip boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, boleh tonton video ini untuk paham lebih lanjut
      https://youtu.be/XoblwqSaR5k

      Delete
  15. salam

    1. boleh ke saya guna perkataan ringkas seperti Urghh, Ishh, Hahaha. Tapi saya bold la.
    2. lagi satu, boleh ke kalau saya sertakan lirik lagu Malaysia, tapi bawah sekali saya letak tajuk lagu, dan nama penyanyi. Boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Untuk kategori bawah 15 tahun, hanya untuk berumur 15 tahun kebawah sahaja. Maksudnya 15 tahun tak termasuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berumur 15 Tahun dan kebawah boleh masuk kategori itu.

      Delete
  17. Umur 15 tahun boleh masuk kategori mana?

    ReplyDelete
  18. assalam, saya nk hntr folder tuh (PNG) tp dia kata kne dlm file, file mcm mn dia nk yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, boleh tonton video ini untuk paham lebih lanjut
      https://youtu.be/XoblwqSaR5k

      Delete
  19. nk tanya.. kalau lukis bende mengerikan contohnya: kapala terpancung, percikan darah, biji mata terkeluar... boleh ke??

    ReplyDelete
  20. Boleh tanya kalau tulis jenama yg berbahasa inggeris contohnya Starbucks pun tidak dibenarkan?

    ReplyDelete
  21. Mohon pencerahan, penggunaan bahasa ringkas seperti 'tak', 'ni', jika di bold kan akan diterima ke? Sebab bnyak komik2 peserta yg ada ayat2 yg di bold kan ini. Soalan kedua karakter wanita tidak bertudung dibolehkan ke? Tidak melanggar garis pnduan Komik M Dari pakaian watak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Diterima
      2. Wanita Melayu Islam sudah Akhil Baligh kena bertudung.

      Delete
  22. Saya nak tanya, saya sudah hantar komik saya yang bertajuk " Perempuan Kelas Sebelah". Tapi masa saya nak tengok dekat website karya komik ckom8 tiada komik saya. Ada apa apa masalah tentang komik saya? Kalau Abang Matkomik tahu kenapa mungkin abang boleh reply komen ini dan saya boleh hantar yang baru serta folder komik saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Matkomik, takpe sudah ada komik saya di website. Terima Kasih. Semalam saya ada accidently hantar komik saya sekali lagi sebab takut abang tak perasan komik saya belum di baca. Yang re-send tu Abang Matkomik boleh ignore kan. Terima kasih abang.

      Delete
  23. Dekat mana kita nak tahu pemenang

    ReplyDelete
  24. Nak tanya? Saya pun ada hantar komik tajuk janji tak tertunai tapi tak ada pun dekat web site CKOM8 tapi tak ada pun.ada permasalahan dgn komik sy?

    ReplyDelete
  25. Sy nak tanya sy ada hantar komik tajuk janji tak tertunai tapi komik sy tak ada kat website CKOM8 pun .Ada permasalahan ke komik sy?

    ReplyDelete
  26. assalam saya nak tanya kalau text yg digunakan semua huruf besar adakah ia akan diterima?

    ReplyDelete
  27. boleh tak guna "aku" dan "kau"?

    ReplyDelete
  28. Saya dah hantar penyertaan saya. Dan sudah melebihi 3 hari tapi belum nampak diupload di senarai karya yg lain? Jadi komik saya ditolak? Atau boleh saya email berkaitan masalah ini?

    ReplyDelete
  29. Kalau 16 tahun tp belum birthday boleh masuk bwh 15 ke

    ReplyDelete
  30. Kalau lukis manual macam mana nak hantar

    ReplyDelete
  31. As salam Mat Komik, kalau anak yg umur 14 tahun ada cerita yang nak hantar tapi dia lukis lama sangat, boleh ke pelukis yg berumur lebih15 tahun lukiskan?

    ReplyDelete
  32. Kena hantar before 31/3 atau pada 31/3 before tengah malam masih boleh hantar

    ReplyDelete
  33. assalam, masih ada ruang untuk tarikh tutup dilanjutkan ke?

    ReplyDelete
  34. asslm komik saya yang bertajuk 'pengajaran Pembunuh' tidak ada kat website, adakah ia masih upload or tak dapat? saya bole resend

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau komik saya dibatalkan, tlg infokan saya ty

      Delete
  35. Buat lah lagi tahun ni saya nak sertai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19