Posts

Showing posts from November, 2015

Peluang Berkarya di Surat Khabar Malaysia

Image
Ini berita baik! Surat khabar terkemuka di Malaysia mempelawa kepada anda yang berbakat untuk menghantar komik / kartun di ruang komik dan kartun di dalam khabar Utusan Malaysia . Perkara ini telah di sahkan sepertimana di dalam status tuan Muhammad Azhar Abdullah - pelukis komik Liga Pendekar terbitan Komik-M dan Invasi terbitan Maple Comic . Jadi jika anda berminat, bolehlah hasilkan karya dalam format ai atau jpg dan hantar melalui ke email ke kartunutusan@gmail.com. Anda hendaklah sertakan sekali Nama Penuh, Alamat, Nombor ic dan Nombor Telefon. > Baca juga : Cara hantar komik melalui Email Untuk pengetahuan, ruang komik/kartun di Utusan Malaysia adalah separuh muka surat setiap hari. Ini adalah peluang untuk anda untuk membina nama dan karya anda dapat dibaca dalam surat khabar terkemuka Malaysia. sumber gambar dari facebook Muhammad Azhar Terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana sentiasa menyokong dan memeriahkan lagi persada komik malaysia.

Tukar Cerita Anda Ke Bentuk Komik

Image
"Tak reti lukislah, tapi saya ada cerita.." "Cerita saya best, kalau jadi komik lagi best kot.." " Eleh..komik macam ni, aku pun boleh buat..lagi baik tau..tapi aku tak reti lukis komik.." Itulah kata-kata biasa yang sering didengari oleh pelukis komik seperti kami. Untuk itu bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya mewujudkan laman web MyCerita atau Cerita Saya. Secara ringkasnya, Laman web MyCerita merupakan himpunan cerita, kata-kata dan pengalaman seseorang yang boleh di jadikan inspirasi dan pengajaran kepada diri kita. Setiap cerita berbaloi untuk di kongsikan. Setiap dari kita mempunyai cerita atau kisah dan pengalaman masing-masing. Ada yang perlu kita simpan untuk diri kita sahaja, tetapi ada juga yang perlu di kongsikan untuk agar menjadi pengajaran dan inspirasi kepada orang lain. Untuk itu, kongsilah cerita/pengalaman/kata-kata anda ke laman ini. Setelah itu team 'MyCerita' akan merealisasi impian anda iaitu menuk

Percuma Widget Komik Malaysia Untuk Blogger

Image
Assalammualaikum, hari ini saya hendak memperkenalkan Widget Komik Malaysia yang mana anda boleh letak di sidebar template blogger korang. Bagaimana widget ini berfungsi? Widget ini adalah dari laman web matkomik . Suatu platform untuk pelukis komik sama ada profesional atau amatur untuk berkongsi komik kepada pembaca komik malaysia. Untuk makluman, semua komik ini adalah di hasilkan oleh 100% karya tempatan . Anda boleh baca  di sini  untuk lebih lanjut. Fungsi widget akan memaparkan 'feed' komik-komik terbaru dari laman web Matkomik dan apabila anda atau pengunjung blog hendak membacanya, hanya perlu klik sahaja. Ok, anda boleh  copy & paste  code di bawah, kemudian letak di sidebar template anda dengan menggunakan add gadget kemudian pilih HTML/Javascript dan paste code tersebut. Untuk Blogger Sidebar berukuran width : 300px keatas, guna code di bawah ini : <div align="center"> <script language="JavaScript&

Cabaran Komik Online Malaysia Kembali lagi! dan Menangi Hadiah Wang Tunai!

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera, tahun ini merupakan kali kedua matkomik menganjurkan 'Cabaran Komik Online Malaysia'. Pada penganjuran pada tahun 2014 , telah menarik seramai 28 penyertaan yang bertemakan 'Bebas'.  Karya komik Bujang Senang oleh Yoketouchi telah mendapat tempat pertama, manakala kedua Kebebasan yang Hilang oleh Inderawasih dan yang ketiga Bebas oleh Ahm Ahmad  Berbandingan tahun lepas, Cabaran Komik Online Malaysia 2015 kali ini lebih Gah! dan Gempak!. Pemenangnya akan mendapat hadiah berupa wang tunai serta karya komik mereka berpeluang untuk terbit dalam komik Aku,Kau dan Cinta terbitan Komik-M . Bukan setakat itu sahaja, karakter komik yang menang nanti akan di cetak pada ' Throw Pillow ' dari creativeunited . Ok, untuk tema tahun ni adalah “CINTA” dan peserta perlu hasilkan komik 10 mukasurat berdasarkan perkataan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca syarat dan peraturan di sini .  Tari