Posts

Showing posts from January, 2016

Borak Bersama Al-Hafiz : Melukis Manual Lebih Memuaskan

Image
Ok, sekarang giliran pemenang pertama Cabaran Komik Online Malaysia 2015 , Al-Hafiz. Kita ikuti Borak bersama beliau yang di lakukan melalui email ini. Klik Disini Untuk Segmen Borak Sebelum Ini 1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Saya berasa dari Pendang, Kedah. mula melukis sejak kecil kerana minat tetapi tidak pernah mendapat apa-apa pendidikan tentang art.. Selepas tamat sekolah pondok saya mula bekerja. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya pernah menjadi kartunis secara freelance selama hampir dua tahun. Berkarya di dalam majalah 'Blues Selamanya' terbitan syarikat MOY Publication. Saya kini bekerja sendiri dalam bisnes percetakan baju dan masih terus berkarya tetapi hanya sebagai hobi.. 2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir? Selepas mandapat berita tentang cabaran komik online dan ia berkonsepkan tentang cinta saya hanya mendapat idea sepintas lal

Borak Bersama Hanza : Pernah Didenda Sebab Nak Jadi Kartunis

Image
Sebelum ini, Matkomik berBorak dengan Syewe Yoss - seorang student medic yang mempunyai bakat melukis komik luarbiasa dan kali ini pula Borak bersama pemenang tempat kedua CKOM2015 iaitu Hanza dengan karya Panda-Man . Jom ikuti berbual ini yang di lakukan melalui email. 1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Saya merupakan pelajar kursus animasi di universiti Multimedia, berumur 20 tahun. Dulu bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Saya mula melukis sejak kecil lagi (saya sendiri pun tak ingat bila) dan mula melukis komik secara serius selepas SPM. Saya dibesarkan dalam masyarakat yang (pada pendapat saya) memandang rendah terhadap komik dan sudah beberapa kali saya dinasihatkan untuk berhenti melukis tapi saya ni jenis yang keras kepala. Haha. Pernah sekali saya didenda berdiri oleh cikgu bila menyatakan saya nak jadi kartunis. Bila saya kata nak jadi arkitek barulah saya dibenarkan duduk semula. Haha. Tapi Alhamdulilla

Rumusan 2015 dan Rancangan 2016

Image
Selamat Tahun Baru 2016! Niat awal wujudnya laman website Matkomik adalah sebuah experimental. Selain menyediakan platform untuk pelukis komik berkongsi karya di internet selain ruang media sosial ia juga sebagai menunjukkan suatu tanda sokongan saya kepada bidang komik Malaysia ini.

Borak Bersama Syewe Yoss - Pemenang Ketiga CKOM2015

Image
Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2015) telah kita ketahui. Tahniah! di ucapkan sekali lagi kepada pemenang. Pastinya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pemenang-pemenang tersebut. Untuk itu segmen 'BORAK' di perkenalkan. BORAK  adalah sebuah wawancara atau temubual secara santai bersama pelukis komik . Kita akan mengetahui bagaimana pelukis komik mendapat inspirasi, tips dan teknik untuk melukis komik, melukis guna manual atau digital dan banyak lagi yang akan di kongsikan. Bagi segmen borak kali ini, kita akan berborak bersama pemenang tempat ketiga CKOM2015 iaitu saudari  Syewe Yoss . Ikuti di perbualan ini yang di buat melalui email. 1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Seperti kanak-kanak lain, saya juga suka menonton kartun dan membaca komik sejak kecil, malah kebanyakan ahli keluarga saya (pakcik dan makcik) juga meminati anime dan manga membuatkan saya membelek banyak komik sebelum

Belajar Dari Pakar Komik, Comicoaching Kembali lagi!

Image
Yeah! Comicoaching anjuran Comicore Club kembali lagi. Tapi kali ini pakar-pakar industri sanggup  turun padang untuk berkongsi ilmu kepada anda. Apa itu Comicoaching? Comichoaching adalah bengkel untuk terbit bagi mereka yang nak hasilkan komik sendiri. Di dalam bengkel ini akan di terangkan segala tentang kos cetak,susunan layout dan tetapan harga komik. Pada mereka yang berhasrat untuk terbitkan komik sendiri, mohon join bengkel ini. Ini adalah kali kedua Comicore Club menganjurkan Comicoaching, dan antara pakar yang akan mengajar ialah Reja Mus, Ahm Ahmad dan Nazry Salam. Tarikh  : 23 Januari 2016 (Sabtu) Lokasi  : Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota) Waktu  : 9.00 pagi – 5.00 petang Cara Sertai Bengkel ini :- Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING”  ke:  SMS / WHATSAPP : +6019 278 0120  Email : hello@comicoreclub.com Terdapat 3 Jenis yuran pendaftaran, anda pilih yang mana satu? Type A - Individu: R

Tahniah! Pemenang CKOM2015

Image
Alhamdulillah, keputusan pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) akhirnya telah di ketahui. Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah telah di adakan pada 2hb Januari bertempat AEON, Setiwangsa,KL sederhana tapi meriah. Di majlis tersebut pihak Komik M telah mengumumkan 2 kejutan istimewa untuk 10 Finalis. Bukan sahaja pengumuman pemenang tempat pertama,tempat kedua dan tempat ketiga tetapi pengumuman pemenang tambahan iaitu  3 orang peserta saguhati. Saguhati tersebut adalah berbentuk hadiah wang tunai sebanyak RM 500 dan juga karya mereka juga akan berpeluang di terbitkan dalam komik antalogi. Dan kejutan kedua ialah karya pemenang tempat 1,2 dan 3 termasuk pemenang saguhati akan di terbitkan antara salah satu 2 antalogi iaitu Aku, Kau dan Cinta #3 dan Aku, Kau dan Cun . Antalogi Aku, Kau dan Cun adalah khas untuk pelukis komik wanita sahaja. Jadi karya yang manakah akan diterbitkan diantara komik antalogi tersebut ia akan di tentukan oleh pihak e