Posts

Raikan Pemenang CKOM2015 di Aeon Au2 Setiawangsa

Image
Alhamdulillah akhirnya..

Sukacita Matkomik nyatakan di sini, pihak Komik M akan menganjur acara pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015 bertempat di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa),KL pada tarikh 2hb Januari 2016. Acara akan bermula jam 2.30 petang. Insha Allah.

Untuk pengetahuan, pemenang akan di umumkan pada acara tersebut, jadi Matkomik pun tak tahu siapakah yang pemenangnya.
Untuk itu, kesemua peserta CKOM2015 digalakan untuk hadir bagi mengetahui lebih lanjut.
Selain dari itu, 10 karya finalis CKOM2015 akan di pamerkan. Penantian korang selama ini berbaloi!! 
Nyatakan status kehadiran anda di sini --> http://bit.ly/kehadiranckom2015

100 Lebih Karya Komik Sertai CKOM2015 - Karya Manakah Yang Akan Menang!

Image
108 Penyertaan!!
.
Penyertaan CKOM2015 kali ini memang di luar jangkakan Matkomik. Jauh lebih baik dari CKOM2014. Terima kasih kepada kesemua yang telah memberi sokongan dan menyertai cabaran ini. . Sepertimana yang korang tahu, penyertaan untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015 telah TAMAT pada 31 November 2015. Jadi bagi sesiapa yang tak sempat dan juga kepada karyanya yang di tolak, korang boleh cuba untuk CKOM2016 pula. . Kini kesemua penyertaan ini akan diserahkan kepada Juri Profesional untuk di nilai. Dengan penyertaan yang banyak begini, jadi berilah masa kepada juri untuk menilai dengan sebaik-baiknya karya anda. . Untuk penentuan 'Komik Online Paling Popular' pengundian awam akan di lakukan sehingga 5 Disember 201510 Disember 2015. Selepas tarikh ini pengundian tidak akan di kira.
Baca kesemua peserta karya komik CKOM2015 --> http://bit.ly/ckom2015

Peluang Berkarya di Surat Khabar Malaysia

Image
Ini berita baik!

Surat khabar terkemuka di Malaysia mempelawa kepada anda yang berbakat untuk menghantar komik / kartun di ruang komik dan kartun di dalam khabar Utusan Malaysia.
Perkara ini telah di sahkan sepertimana di dalam status tuan Muhammad Azhar Abdullah - pelukis komik Liga Pendekar terbitan Komik-M dan Invasi terbitan Maple Comic. Jadi jika anda berminat, bolehlah hasilkan karya dalam format ai atau jpg dan hantar melalui ke email ke kartunutusan@gmail.com.

Anda hendaklah sertakan sekali Nama Penuh, Alamat, Nombor ic dan Nombor Telefon.
> Baca juga : Cara hantar komik melalui Email
Untuk pengetahuan, ruang komik/kartun di Utusan Malaysia adalah separuh muka surat setiap hari. Ini adalah peluang untuk anda untuk membina nama dan karya anda dapat dibaca dalam surat khabar terkemuka Malaysia.
Terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana sentiasa menyokong dan memeriahkan lagi persada komik malaysia.

Tukar Cerita Anda Ke Bentuk Komik

Image
"Tak reti lukislah, tapi saya ada cerita.." "Cerita saya best, kalau jadi komik lagi best kot.." " Eleh..komik macam ni, aku pun boleh buat..lagi baik tau..tapi aku tak reti lukis komik.."
Itulah kata-kata biasa yang sering didengari oleh pelukis komik seperti kami. Untuk itu bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya mewujudkan laman web MyCerita atau Cerita Saya. Secara ringkasnya, Laman web MyCerita merupakan himpunan cerita, kata-kata dan pengalaman seseorang yang boleh di jadikan inspirasi dan pengajaran kepada diri kita. Setiap cerita berbaloi untuk di kongsikan. Setiap dari kita mempunyai cerita atau kisah dan pengalaman masing-masing. Ada yang perlu kita simpan untuk diri kita sahaja, tetapi ada juga yang perlu di kongsikan untuk agar menjadi pengajaran dan inspirasi kepada orang lain. Untuk itu, kongsilah cerita/pengalaman/kata-kata anda ke laman ini. Setelah itu team 'MyCerita' akan merealisasi impian anda iaitu menukar cerita anda kepada bentu…

Percuma Widget Komik Malaysia Untuk Blogger

Image
Assalammualaikum, hari ini saya hendak memperkenalkan Widget Komik Malaysia yang mana anda boleh letak di sidebar template blogger korang.
Bagaimana widget ini berfungsi?
Widget ini adalah dari laman web matkomik. Suatu platform untuk pelukis komik sama ada profesional atau amatur untuk berkongsi komik kepada pembaca komik malaysia.
Untuk makluman, semua komik ini adalah di hasilkan oleh 100% karya tempatan. Anda boleh baca di sini untuk lebih lanjut.
Fungsi widget akan memaparkan 'feed' komik-komik terbaru dari laman web Matkomik dan apabila anda atau pengunjung blog hendak membacanya, hanya perlu klik sahaja.

Ok, anda boleh copy & paste code di bawah, kemudian letak di sidebar template anda dengan menggunakan add gadget kemudian pilih HTML/Javascript dan paste code tersebut.

Untuk Blogger Sidebar berukuran width : 300px keatas, guna code di bawah ini :

<div align="center"> <script language="JavaScript"> imgr = new Array(); imgr[0] = "…

Cabaran Komik Online Malaysia Kembali lagi! dan Menangi Hadiah Wang Tunai!

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera, tahun ini merupakan kali kedua matkomik menganjurkan 'Cabaran Komik Online Malaysia'. Pada penganjuran pada tahun 2014, telah menarik seramai 28 penyertaan yang bertemakan 'Bebas'. 
Karya komik Bujang Senang oleh Yoketouchi telah mendapat tempat pertama, manakala kedua Kebebasan yang Hilang oleh Inderawasih dan yang ketiga Bebas oleh Ahm Ahmad 

Berbandingan tahun lepas, Cabaran Komik Online Malaysia 2015 kali ini lebih Gah! dan Gempak!. Pemenangnya akan mendapat hadiah berupa wang tunai serta karya komik mereka berpeluang untuk terbit dalam komik Aku,Kau dan Cinta terbitan Komik-M. Bukan setakat itu sahaja, karakter komik yang menang nanti akan di cetak pada 'Throw Pillow' dari creativeunited.


Ok, untuk tema tahun ni adalah “CINTA” dan peserta perlu hasilkan komik 10 mukasurat berdasarkan perkataan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca syarat dan peraturan di sini
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30…

Siri Animasi BoBoiBoy Mencari Pelukis Komik

Image
Yeah! Siri Animasi BoBoiBoy yang di terbitkan oleh MONSTA sedang mencari pelukis komik untuk BoBoiBoy Galaxy. Untuk pengetahuan korang, BoBoiBoy Galaxy ialah sebuah rebranding dari BoBoiBoy. Ada kemungkinan juga animasi BoBoiBoy Galaxy akan di siarkan di sekitar bulan Jun 2016. 
Ia akan tertumpu kepada berdasarkan cerita pengembaraan dan mempunyai lebih banyak episod. BoBoiBoy Galaxy akan di lancarkan selepas tayangan movie BoBoiBoy : Spera Kuasa

Antara tips kepada mereka yang berminat, korang mestilah mempunyai pengetahuan tentang panelling dan komposisi dalam penghasilan komik serta mempunyai pengetahuan asas dalam perisian Adobe Photoshop dan Paintool SAI.


Baca juga :- Mahu Terbit Komik Sendiri, Sertai Bengkel Comicoaching Anjuran Comicore Ini
Apa yang pasti, lukisan style dan propotion akan berbeza dengan siri animasi BoBoiBoy sekarang, lebih Hensem!. Menurut sumber yang boleh di percayai, mereka sedang mencari pelukis sepenuh masa yang boleh menghasilkan 40 page sebulan. Untuk itu, j…

Mahu Terbit Komik Sendiri, Sertai Bengkel Comicoaching Anjuran Comicore Ini

Image
So, korang nak hasilkan komik sendiri, tetapi korang tidak tahu macam mana?. Kos cetak, Susunan layout dan Harga komik antara perkara asas yang perlu korang tahu jika hendak menghasilkan komik 'Self Publish'. Hah! korang jangan pening-pening lagi, Comicore Club dan Comicore INK akan menganjurkan :


BENGKEL COMICOACHING
Pemahaman Ilmu Komik, Terbitkan Komik Sendiri dan Pengkongsian Ilmu.
Tarikh : 5 September 2015 (Sabtu) Lokasi : Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota) Waktu : 10.00 pagi – 5.00 petang

Peta Lokasi:-


Cara Sertai Bengkel ini :-

Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING” ke:  SMS / WHATSAPP : +6019 278 0120 / +6012 571 3503 FACEBOOK MESSAGE : Danial Haikal / Mior Azhar EMAIL : comicoreclub@gmail.com
YURAN PENDAFTARAN: RM 99.00 SAHAJA! TERHAD UNTUK 25 ORANG PESERTA SAHAJA!
PERINGATAN : Untuk menyertai COMICOACHING, anda perlulah mempunyai asas kemahiran melukis. Fokus kami adalah untuk anda memahami ILMU KOMIK, memberikan anda set skil yang diperlukan dan mengha…

Program Iklan Google

Image
Maaf, program ini ditutup sementara kerana ada masalah dengan akaun google adsense.


Sebelum ini saya telah memperkenalkan 'Program Sokong Pelukis Komik', yang mana pelukis meraih pendapatan dari Donation secara sukarela dari pembaca. Donation tersebut akan terus ke akaun Paypal pelukis itu sendiri. Baca sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Pada kali ini pula, saya memperkenalkan 'Program Iklan Google' untuk pelukis komik malaysia, eksklusif hanya di Matkomik - Komuniti Komik Online Malaysia
Apa itu Program Iklan Google? Secara ringkasnya, Program Iklan Google ini adalah program meraih pendapatan melalui iklan Google yang di letakkan di komik pelukis tersebut.
Kenapa mesti Google? Umum tahu, Google Ads adalah tempat pengiklanan yang terbesar di online. Sekarang mereka sudah ada di Malaysia. Maka kita akan melihat iklan-iklan tempatan yang akan di paparkan tidak seperti sebelum ini. Syarikat-syarikat besar seperti Air Asia, Maxis, UMobile, Nestle, UNIQLO juga menjadikan Goog…

Apakah Hukum Melukis Komik?

Image
Persoalan ini di bangkit di Forum Matkomik, salah seorang dari pembaca bertanya, apakah hukum melukis komik?

Mungkin soalan ini juga selalu korang tertanya-tanyakan. Apakah hukum melukis komik menurut islam. Ada kata haram, ada kata Makruh, ada yang harus. Jadi korang nak melukis pun tak senang duduk. Untuk itu disini saya kongsikan video oleh Ustaz Azhar Idrus tentang hukum melukis komik menurut islam.


Jadi, bagaimana? semua terpulang pada korang. Tepuk dada tanya selera. ^^