Tahniah! Pemenang CKOM2015

Alhamdulillah, keputusan pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) akhirnya telah di ketahui. Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah telah di adakan pada 2hb Januari bertempat AEON, Setiwangsa,KL sederhana tapi meriah.

Di majlis tersebut pihak Komik M telah mengumumkan 2 kejutan istimewa untuk 10 Finalis. Bukan sahaja pengumuman pemenang tempat pertama,tempat kedua dan tempat ketiga tetapi pengumuman pemenang tambahan iaitu 3 orang peserta saguhati. Saguhati tersebut adalah berbentuk hadiah wang tunai sebanyak RM 500 dan juga karya mereka juga akan berpeluang di terbitkan dalam komik antalogi.

Dan kejutan kedua ialah karya pemenang tempat 1,2 dan 3 termasuk pemenang saguhati akan di terbitkan antara salah satu 2 antalogi iaitu Aku, Kau dan Cinta #3 dan Aku, Kau dan Cun. Antalogi Aku, Kau dan Cun adalah khas untuk pelukis komik wanita sahaja. Jadi karya yang manakah akan diterbitkan diantara komik antalogi tersebut ia akan di tentukan oleh pihak editor Komik M.

CKOM2015 telah mendapat 100 lebih penyertaan, dan juri telah shortlist kan 10 Finalis dan pemenangnya ialah :

Tempat Pertama : Aku Bukan Tanggang Karya Al- Hafiz
Tempat Kedua : Panda-Man Karya Hanza
Tempat Ketiga : Harga Karya Syewe Yoss

Saguhati :
Surat Untuk Langit Karya Iqbal
Sentuhan Dari Hati Karya Danial Haikal
Antara 2 Cinta Karya Yoketouchi

Komik Online Paling Popular : Antara Cinta & Sahabat Karya Prince of Noob & Irfan Hilal

Kepada pemenang, nantikan email dari saya untuk langkah-langkah seterusnya dan Syabas!

Gambar sekitar majlis pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015.

Get Adobe Flash player
Photo Gallery by QuickGallery.com


Sekali lagi, Matkomik mengucapkan Tahniah! kepada pemenang dan juga kepada semua peserta CKOM2015, walaupun tidak menang tetapi berbanggalah dengan karya yang telah anda hasilkan. Berusahalah dan cuba lagi!

Di kesempatan ini juga, Matkomik ucapkan terima sangat-sangat kepada penaja CKOM2015 iaitu Komik M sebagai penaja utama, creativeunitedmy sebagai penaja bersama dan juga Buasir Otak sebagai rakan media online, Tanpa mereka CKOM2015 tidak akan berjaya.

Insha Allah, Matkomik akan datang Cabaran Komik Online Malaysia 2016 dengan hadiah yang lebih lumayan lagi. Sudahkah anda bersedia?

Comments

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut