Rumusan 2015 dan Rancangan 2016



Selamat Tahun Baru 2016!

Niat awal wujudnya laman website Matkomik adalah sebuah experimental. Selain menyediakan platform untuk pelukis komik berkongsi karya di internet selain ruang media sosial ia juga sebagai menunjukkan suatu tanda sokongan saya kepada bidang komik Malaysia ini.


Umum tahu bagaimana keadaan komik di Malaysia sekarang ini. Untuk menarik semula minat pembaca serta peminat komik Malaysia, kita perlu mencari jalan alternatif lain mengikut peredaran zaman..

Kini usia Matkomik telah capai 2 tahun, sebanyak 390 karya komik telah di kongsi dari 223 pelukis komik tempatan dengan 13 genre komik. Saya sendiri tidak menjangkakan ia akan mendapat sambutan kerana saya bukan 'sesiapa' dan juga pada masa yang sama, ada wujudnya laman web yang serupa yang dihasilkan oleh 'sesiapa' dalam bidang komik. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan rakan-rakan sepejuangan dapatlah laman website Matkomik bertahan sampai ke hari ini.


Tahun 2015, merupakan tahun yang sungguh bermakna untuk Matkomik. Dengan lebih 100 penyertaan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2015) dan juga dapat bekerjasama dengan Komik M adalah sesuatu yang mengembirakan. Tahun 2015 juga dimana laman web Matkomik telah mencapai 300,000 pageview! memang saya tak tidur malam bila mula-mula melihat angka begini.


Tahun 2016, banyak perancang yang hendak dilakukan. Saya harap ia akan menjadi kenyataan. Di sini saya kongsikan apa yang akan saya lakukan dan status projek tersebut.

Projek : MYCERITA

Keterangan : Laman web MyCerita merupakan himpunan cerita, kata-kata dan pengalaman seseorang yang boleh di jadikan inspirasi dan pengajaran kepada diri kita. Setiap cerita berbaloi untuk di kongsikan. Kemudian cerita yang terpilih akan di tukarkan ke dalam bentuk komik. Laman ini lebih kepada mereka yang tidak reti lukis komik, tapi ada cerita yang hendak dikongsikan.

Status pembinaan : 100 %
Website sudah siap, tapi marketing dan admin web ini di perlukan.

Projek : KEDAI KOMIK ONLINE

Keterangan : Ini adalah sebagai satu lagi perkhidmatan online untuk pelukis komik malaysia, dimana mereka boleh jual buku komik / zine secara online. Ianya bukanlah sebagai penganti medium utama, tetapi sebagai pelengkap. Semua sekarang online, orang nak keluar pun pikir kos. Ini adalah salah satu cara untuk peminat untuk mendapat secara mudah buku komik / zine kegemaran mereka.

Status pembinaan : 80 %
Website sudah siap, cuma perlukan siapkan beberapa dokumen dan memerlukan team untuk melakukan ini.

Projek : CABARAN KOMIK ONLINE MALAYSIA 2016 (CKOM2016)

Keterangan : Tahun ini merupakan kali ke 3 Matkomik menganjurkan CKOM. Di harapkan tahun dapat menjadi lebih gah dari tahun lepas.

Status : Masih mencari penaja.

Projek : Apps MEDIA SOSIAL MATKOMIK

Keterangan : Ini adalah media sosial KHAS untuk pengiat / pelukis / peminat komik sahaja. Ia merupakan komuniti online yang akan menjadi ruang untuk pelukis berkongsi karya, menerima feedback, berkongsi tips dan teknik.

Status pembinaan : 50 %
Design dan coding app sudah siap, cuma perlukan dana untuk menampung kos server dan untuk letak di google play.

Projek : BENGKEL KOMIK

Keterangan : Bagaimana untuk meraih pendapatan dari melukis komik secara online. Beri secara percuma tapi dapat duit. Saya akan kongsikan juga bagaimana untuk membuat website/blog untuk komik.

Status : 10%
Modul pemebelajaran bengkel sudah ada, cuma sedang mencari tempat yang sesuai untuk bengkel yang mudah bagi orang untuk akses, dekat dengan pengangkutan awam. Mungkin anda ada cadangan tempat, mohon nyatakan di ruang komen. Bagaimana pula dengan harga? berapakah harga yang sesuai bagi anda. 

Ok, setakat ini sahaja pengkongsian ini, ikutkan ada banyak lagi perancangan sebenarnya tapi takut tak jadi pulak nanti.

Dan sememang saya tak boleh lakukan ini semua seorang diri, jika anda rasa hendak menjadi sebahagian team Matkomik atau berkerjasama boleh hubungi melalui borang ini atau email ke matkomikmalaysia@gmail.com serta nyatakan projek manakah yang anda hendak sertai dan juga beri juga kepakaran anda atau bentuk bagaimana sumbangan anda nanti.

Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19