Posts

Showing posts from June, 2015

Berkongsi Pengalaman Berpuasa Dengan Hashtag InkRamadan

Image
Apa itu #InkRamadan?
InkRamadan secara ringkasnya adalah suatu cabaran melukis atau doodle sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan. #InkRamadan merupakan idea cetusan dari Group Comicore Club


Comicore berkerjasama dengan SketchesOnlineStore & Matkomik untuk menjayakan #inkramadan. 
Korang semua di jemput untuk menyertainya. Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca disini http://bit.ly/inkramadan

Memperkenalkan Logo Baru Matkomik

Image
Memperkenalkan logo baru Matkomik - Plain and Simple. Yeah!
Untuk design semula logo lama kepada logo yang sekarang ini, banyak sketch telah di lakukannya. 
Asas untuk design logo ini adalah untuk mengambil awalan perkataan Mat Komik iaitu 'M' dan 'K' untuk dijadikan logo. Setelah berpuasa hati dengan sketch, proses seteruskannya pindah ke perisian Adobe illustrator untuk menjadikan ianya vektor bagi memudahkan kerja-kerja mewarna.




Di proses ini juga,timbul beberapa idea design untuk menambah baik logo ini.

Jika korang perasan gak, bubble atau kotak dialog memang sengaja diletakkan bersama, yang mana bubble dialog ini sinonim dengan komik. 

Di suatu sudut pulak, korang juga akan perasan logo ini semacam lambang Super Hero. kan..kan..hihi

So apa pendapat korang tentang logo baru ini? Mohon beri komen di bawah.. 

Akan Datang - Logo Baru Matkomik

Image
Sudah setahun website matkomik memakai logo yang sedia ada ini. Semasa design logo ini, saya tidak memikirkan ia akan digunakan sehingga sekarang. Pada awalnya logo ini hanya sebagai tanda perkenalan website matkomik, jadi ia direka sebegitu rupa. Ia sebenarnya tidak boleh dikatakan sebuah logo, kerana terlalu banyak info yang ada di design tersebut. Jika anda seorang graphic designer, anda setuju dengan saya.
Untuk menjadikan matkomik lebih releven dan mengikut perkembangan terkini,sudah tiba masanya logo ini di perbaharui. Nantikannya..

Program Sokong Pelukis Komik

Image
1. Apa itu Program Sokong Pelukis (PSP)? 
PSP ialah salah satu sumber meraih pendapatan untuk pelukis komik yang berkongsi komiknya di laman web matkomik.com
2. Bagaimana ia berfungsi?  Program ini akan berlaku sekiranya pembaca menekan button 'Donate' yang telah disediakan dan membuat 'Donate' dengan menggunakan akaun Paypal. Ini terjadi apabila pembaca menunjukkan rasa penghargaan dan sokongan terhadap komik yang di baca dengan membuat 'Donate' kepada pelukis. 

Cara Hantar Komik Secara Online

Image
Di zaman teknologi sekarang, cara menghantaran komik tak semestinya dengan menggunakan surat semata-mata. Anda juga boleh menggunakan email. Dengan menggunakan email anda bukan sahaja membantu kerja posman menjadi mudah tetapi ia juga merupakan cara yang pantas untuk mendapat respon dari editor komik, samada karya komik anda di terima atau di rejek.

Jika anda ingin menggunakan email untuk menghantar komik anda, perlulah di ingati ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu dahulu. Anda TIDAK BOLEH sewenang-wenang menghantar email dengan begitu sahaja, attach komik pastu send... Jika nak karya anda di rejek 100% silalah buat begitu.

Akan Datang - App Matkomik

Image
Yup! betul. Saya sekarang sedang membangunkan App Matkomik. Apps ini nanti akan boleh download secara percuma di GooglePlay dan juga AppStore.

Untuk pengetahuan App ini masih dalam peringkat pembangunan awal. Saya sendiri yang membuatnya, oleh sebab ia akan mengambil masa sedikit dek kerana saya mempunyai ilmu tentang pembuat App agak kurang.

InshaAllah doakan semua akan berjalan dengan lancar.

Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia

Matkomik di Comic Arts Festival Kuala Lumpur

Image
Pada 6 dan 7 June ini, Matkomik akan berada di Comic Arts Festival Kuala Lumpur 2 yang berlansung di Menara PGRM,Cheras, Kuala Lumpur.
Pelbagai produk dari #matkomik akan di jual, diantaranya komik 2 x 5 dari Comicstriper, Komik Abu Nuwas karya AhmedFani dan juga komik percuma Sobar. Cetakkan adalah terhad. Jom datang beramai-ramai.




Peta