Posts

Showing posts from July, 2015

Program Iklan Google

Image
Maaf, program ini ditutup sementara kerana ada masalah dengan akaun google adsense. Sebelum ini saya telah memperkenalkan ' Program Sokong Pelukis Komik ', yang mana pelukis meraih pendapatan dari Donation secara sukarela dari pembaca. Donation tersebut akan terus ke akaun Paypal pelukis itu sendiri. Baca sini untuk mengetahui lebih lanjut. Pada kali ini pula, saya memperkenalkan ' Program Iklan Google ' untuk pelukis komik malaysia, eksklusif hanya di  Matkomik - Komuniti Komik Online Malaysia .  Apa itu Program Iklan Google? Secara ringkasnya, Program Iklan Google ini adalah program meraih pendapatan melalui iklan Google yang di letakkan di komik pelukis tersebut. Kenapa mesti Google? Umum tahu, Google Ads adalah tempat pengiklanan yang terbesar di online. Sekarang mereka sudah ada di Malaysia. Maka kita akan melihat iklan-iklan tempatan yang akan di paparkan tidak seperti sebelum ini. Syarikat-syarikat besar seperti Air Asia, Maxis, UMobile,

Apakah Hukum Melukis Komik?

Image
Persoalan ini di bangkit di Forum Matkomik , salah seorang dari pembaca bertanya, apakah hukum melukis komik? Mungkin soalan ini juga selalu korang tertanya-tanyakan. Apakah hukum melukis komik menurut islam. Ada kata haram, ada kata Makruh, ada yang harus. Jadi korang nak melukis pun tak senang duduk. Untuk itu disini saya kongsikan video oleh Ustaz Azhar Idrus tentang hukum melukis komik menurut islam. Jadi, bagaimana? semua terpulang pada korang. Tepuk dada tanya selera. ^^

Pencarian Artis Komik Humaira Publication

Image
Haa.. ini peluang baik! Humaira Publication sedang mencari artis komik bagi mengisi slot genre Komik Islamik mereka. Humaira Publication merupakan penerbit Al-Quran dan buku-buku terbitan Malaysia serta Indonesia yang bermanfaat kepada pengguna Islam. Buku-buku mereka, anda boleh beli secara online di HumairaBookstore Bagi menghantar proposal komik loose atau Drama pendek. Komik anda mestilah bertemakan patuh syariah, bermoral dan boleh pelbagai genre. Antara komik islamik terbitan Humaira ialah Hari-hari Sayang Nabi Karya Nik Wafdi , Hari-hari Sayang Nabi Volume 2 Kolabrasi antara Nik Wafdi dan Aie Sulong . Tak lupa juga karya Bophairy Haip! Jangan Jadi 1/2 Muslim dan Macam Nilah Akhlak Nabi karya Alif Firdaus . Nak menjadi sebaris artis-artis Komik Malaysia yang hebat ini?, Jadi..tunggu apa lagi?  jangan peram karya korang di bawah katil sahaja. Hantar sinopsis cerita, contoh komik dan rekaan watak anda ke humaira.kdeen@gmail.com. Maklumat lanjut

5 Komik Malaysia Ini Bacaan Sesuai Sempena Bulan Ramadan

Image
Assalammualaikum, bulan ramadan adalah bulan dimana kita perlu memperbanyakkan melakukan perkara yang beribadah dan mulia. Ini kerana kebaikkan yang kita buat pada bulan ini, akan mendapat ganjaran pahala berganda dari Allah. InsyAllah. Begitu juga dengan komik, mencari bacaan yang sesuai adalah di galakkan. Janganlah kita membaca perkara-perkara fitnah yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Untuk itu, di sini saya kongsikan 5 Komik Malaysia bacaan sesuai sempena bulan ramadan. Bukan sahaja komik ini menghiburkan tetapi mempunyai mesej yang baik. Anda boleh baca ianya secara percuma. hanya di website matkomik.com 1. SOBAR Sinopsis : Mengisahkan pelajar yang bernama Sobar yang berusaha bersabar menempuh ujian demi ujian menimpanya. Ulasan : Komik ini mempunyai view dan rating yang baik serta komen yang positif dari kalangan pembaca matkomik.com. Hasil karya tuan MFR memang tidak di sangkal lagi, sinikal dan kritikal.  Antara komen dari pembaca : Bagus komik ni, d