Posts

Showing posts from December, 2016

CKOM2016 Menerima 145 Penyertaan Dari 110 Pelukis Komik, Ia Diluar Jangkaan!

Image
Pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 / CKOM2016 telah melabuhkan tirainya pada 20hb Disember 2016. Ia merupakan acara tahunan bagi website Matkomik yang mana pelukis perlu hasilkan komik 10 mukasurat berdasarkan tema tertentu yang diberikan.

Tahun ini, tema CKOM2016 adalah Hero dan pelukis perlu hasilkan komik bisu berdasarkan tema tersebut. Pihak Komik M sudi sekali lagi menjadi penaja tahun ini. Karya yang menang akan dicetak dan juga akan mendapat hadiah wanga tunai sehingga RM1000. Selain itu Bookcafe & Sketches Online Store juga menaja bersama serta Buasir Otak menjadi rakan rasmi media online.

Yup! karya penyertaan kali lebih banyak dari tahun lepas. Sepertimana kata Wanzu Alwan dari Komik M penyertaan kali ini di luar jangkaan. Awalnya seperti kurang sambutan, namun di minit-minit akhir mencanak pula karya yang diterima.

Sekarang ini, karya peserta CKOM2016 sedang dinilai oleh juri profesional. Sementara menunggu keputusan rasmi dari juri anda boleh membaca dan…

Artis Komik Ini Adalah Yang Pertama Mewakili Malaysia Ke Jepun Menyertai Masterclass 2017, SMA Dan Ini Caranya

Image
Siapa sangka pelukis komik dari Malaysia ini dapat menyertai senarai barisan Masterclass 2017, Silent Manga Award. Hyrohiku atau nama sebenarnya Ahmad Ezaddin Ahmad Salleh merupakan seorang pelukis komik separuh masa.