Borak Bersama Al-Hafiz : Melukis Manual Lebih Memuaskan



Ok, sekarang giliran pemenang pertama Cabaran Komik Online Malaysia 2015, Al-Hafiz. Kita ikuti Borak bersama beliau yang di lakukan melalui email ini.


1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?


Saya berasa dari Pendang, Kedah. mula melukis sejak kecil kerana minat tetapi tidak pernah mendapat apa-apa pendidikan tentang art.. Selepas tamat sekolah pondok saya mula bekerja. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya pernah menjadi kartunis secara freelance selama hampir dua tahun. Berkarya di dalam majalah 'Blues Selamanya' terbitan syarikat MOY Publication. Saya kini bekerja sendiri dalam bisnes percetakan baju dan masih terus berkarya tetapi hanya sebagai hobi..

2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir?


Selepas mandapat berita tentang cabaran komik online dan ia berkonsepkan tentang cinta saya hanya mendapat idea sepintas lalu dan mula melukis. Kerana saingan yang agak kuat dari pelukis lain saya sudah hampir berputus asa tetapi tetap teruskan juga. Sangat tidak tersangka saya mendapat tempat pertama.

3. Anda melukis secara digital atau manual? Mengapa?


Saya melukis sepenuhnya secara manual kerana bagi saya hasilnya lebih memuaskan walaupun mungkin tidak sehebat melukis secara digital.

4. Apa definasi anda tentang Komik Malaysia?


Bagi saya, industri komik di Malaysia masih terlalu kurang menyerlah jika dibandingkan dengan negara luar terutamanya negara Jepun. Tetapi perkembangan komik di Malaysia semakin baik hari demi hari dan masih mempunyai peluang yang cerah di masa hadapan.

5. Nasihat untuk pelukis komik baru?


Memandangkan saya juga masih terlalu baru dan mentah dalam bidang komik jadi sendiri juga masih sangat memerlukan nasihat dari pengkarya yang lain. Jika di tanya tentang nasihat, jawapan saya hanyalan jangan berhenti melukis. Bila karya kita tidak diterima, itu bukan bermakna kita gagal cuma masanya masih belum tiba.

6. Dan, akhir sekali pandangan anda tentang laman website Matkomik.

Pendapat terus dari saya, dalam dunia digital masa kini bahan bacaan sudah banyak berpindah kepada secara online. Jadi kewujudan laman website matkomik adalah satu permulaan yang sangat baik untuk terus memupuk minat membaca generasi masa kini.

Media Sosial Al-Hafiz:



Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19