Ini Baru Pertandingan Komik MALAYSIA! Abang Kawasan Dah Open Table!



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!. Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah WANG TUNAI dan juga komik akan DICETAK oleh syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia iaitu KOMIK-M.

Tema yang dipilih untuk #CKOM10 kali ini ialah 'MALAYSIA, TANAH AIRKU'.

Yup!, korang bebas untuk hasilkan komik pelbagai genre. Yang penting isi kandungan komik korang kena ikut syarat dan peraturan yang telah ditentukan.

Terdapat 2 kategori, iaitu TERBUKA dan 18 TAHUN KEBAWAH. Korang boleh pilih mengikut kategori atau umur untuk sertai pertandingan ini.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya, berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Menjadi batu lonjatan untuk sertai bidang Komik di Malaysia.
  • Memeriahkan lagi scene komik di Malaysia.

TEMA

MALAYSIA, TANAH AIRKU

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Pelukis / penulis yang telah ada komik solo di bawah terbitan pihak Komik-M TIDAK LAYAK sertainya.
  • Pemenang CKOM ke-8 dan CKOM ke-9 yang mana tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) TIDAK LAYAK sertainya. Untuk lihat pemenang CKOM sebelum ini klik sini
  • Hasil karya komik MESTILAH tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, Hakcipta karya sepenuhnya dipegang 100% oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.
  • Anda juga bersetuju karya anda digunakan untuk tujuan promosi.

SYARAT ISI KANDUNGAN KOMIK

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penghasilan komik menggunakan Kecerdasan Buatan atau A.I TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  • Penggunaan perkataan dialog ringkas / short-form tidak dibenarkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa (3R) dan seumpamanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik/online.
  • Oleh kerana komik akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu mengikut garis panduan Komik-M daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Anda boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my dan https://www.shopee.com/komikm
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan diTOLAK atau REJECT.

CARA PENGHANTARAN KOMIK

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja melalui borang disediakan.
  • Jika lukisan komik secara manual, anda perlu mengimbas / scan komik tersebut.
  • Fail format adalah dalam bentuk format .jpeg atau .png sahaja.
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah keseluruhan saiz fail komik (10 Muka surat) tidak melebihi 15MB.
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • AMARAN! Jangan muatnaik karya komik penyertaan anda dimana-mana media sosial sepanjang pertandingan ini berjalan.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 5 hari selepas tarikh penghantaran (jika komik anda tiada masalah).
  • Dengan menghantar karya komik, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.
  • PENTING! Kesemua komik penyertaan CKOM akan dipaparkan / muatnaik hanya 5 muka surat sahaja di Matkomik sebagai PREVIU.
  • Tekan butang dibawah untuk hantar penyertaan.
  • TARIKH TUTUP penghantaran pada 11 Disember 2025, 11:59pm 31 Mac 2026, 11:59pm (UTC+08:00 - Kuala Lumpur, Singapore).

PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keluar keputusan kelak.

HADIAH

  • Tempat Pertama : Akan diberitahu kelak
  • Tempat Kedua : Akan diberitahu kelak
  • Tempat Ketiga : Akan diberitahu kelak
  • 5 x Saguhati :Akan diberitahu kelak.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.
So apalagi, jangan cakap abang tak payung! Jom ramai-ramai sertainya!.

* Dikemaskini 13/12/2025

Comments

  1. Hoooooo😱😱😱

    ReplyDelete
  2. Erm, dah 3 ogos🥹bila boleh buka borang penyertaan komik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15hb! Saya pun baru tengok website ni harini and nampaknya dah update tarikh borang penyertaan

      Delete
  3. Umur 10 thn boleh masuk ke?

    ReplyDelete
  4. eh xperasan ckom 10. letsgoo

    ReplyDelete
  5. Korang buat tajuk apa? Saya punya nak Cik Sajak (by the way saya ni 11 tahun)

    ReplyDelete
  6. Kalau nak buat jenama kena buat nama lain ke? Macam Hello Kitty jadi Hello Kitten

    ReplyDelete
  7. Dapat sijil pajsk tak?

    ReplyDelete
  8. Katanlah watak tu kat negara lain tapi nak sambut merdeka macam cara Malaysia boleh ke?

    ReplyDelete
  9. kalau buat countryballs boleh tak? ada watak malaysia dan semua negerinya

    ReplyDelete
  10. Boleh buat double spread ke? and kalau boleh, perlu buat dekat specific pages ke?

    ReplyDelete
  11. Kalau muat naik lebih daripada 10 halaman boleh kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Maximum 10 pages, so lebih tak boleh'

      Delete
  12. Tanya budak 10 tahun boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sebab ada 2 kategori, terbuka dan bawah 18 tahun. Adik boleh join yang bawah 18 tahun

      Delete
  13. Sebab saya pun nak join

    ReplyDelete
  14. Sebab saya pun nak join

    ReplyDelete
  15. Ada extension ka? Harap ada extension, tolong la ada extension tarikh tutup.

    ReplyDelete
  16. Saya dah hntr dua hari lepas, bila ya nak ada kat website

    ReplyDelete
  17. Hi, boleh ke nk request extend tarikh tutup, sedang cuba yg terbaik utk siapkan

    ReplyDelete
  18. Extend tarikh tutup please

    ReplyDelete
  19. Komik mesti dalam bentuk paint ye. Sebab anak saya 11 tahun hanya tahu melukis biasa. Lukisan biasa tanpa edit tak boleh masuk kan.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. jika dah buat penghantaran adakah dikira penyertaan di reject jika tidak menerima emel dalam tempoh tiga hari memandangkan tarikh penyertaan dilanjutkan?

    ReplyDelete
  21. Saya umur 18 tuk tahun 2026 ni. Tpi bday saya lmbt lgi so tk legal lg 18..jdi sya kene masuk kategori mane satu... Bwh 18 thun atau terbuka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaratnya sebut "18 tahun ke bawah" . Maksudnya termasuk yang berumur 18 tahun lah tu. Kalau bawah 18 tahun dah tak boleh join yang kategori tu.

      Delete
    2. Alamak, tapi kat poster tulis BAWAH 18 TAHUN, kat syarat pulak sebut 18 TAHUN KE BAWAH. 😅

      Delete
  22. baru tahu extend masa komik dok wat agi ahhhhh

    ReplyDelete
  23. dah 3 hari submit, belum publish.. gimana ni? rejek kah? kalau rejek mohon sebab2 utk repair. TQ min.

    ReplyDelete
  24. Maaf,kalau saya ada pertanyaan,bole ke nk mintak hantar guna e-mel?

    ReplyDelete
  25. dekat sini 31 mac. dekat poster 30 mac. mana satu tarikh akhir?

    ReplyDelete
  26. Ingatkan ada tambahan 3 bulan boleh lah nak sertai. Tengok-tengok sebulan lebih tak gerak sebab puasa+raya. Hmm, hantar lewat boleh tak? Itu lah, buat kerja last minute

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut buat je, saya buat 10 malam terakhir ramadan sambil qiam sambil lukis hahaha

      Delete
    2. Masa itu dah sibuk buat persiapan raya dah. Tahun depan la kot. Yang ada sekarang ni siapkan dan hantar je

      Delete
  27. dah masuk july ni

    ReplyDelete

Post a Comment