Ini Baru Pertandingan Komik MALAYSIA! Abang Kawasan Dah Open Table!



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!. Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah WANG TUNAI dan juga komik akan DICETAK oleh syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia iaitu KOMIK-M.

Tema yang dipilih untuk #CKOM10 kali ini ialah 'MALAYSIA, TANAH AIRKU'.

Yup!, korang bebas untuk hasilkan komik pelbagai genre. Yang penting isi kandungan komik korang kena ikut syarat dan peraturan yang telah ditentukan.

Terdapat 2 kategori, iaitu TERBUKA dan 18 TAHUN KEBAWAH. Korang boleh pilih mengikut kategori atau umur untuk sertai pertandingan ini.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya, berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Menjadi batu lonjatan untuk sertai bidang Komik di Malaysia.
  • Memeriahkan lagi scene komik di Malaysia.

TEMA

MALAYSIA, TANAH AIRKU

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Pelukis / penulis yang telah ada komik solo di bawah terbitan pihak Komik-M TIDAK LAYAK sertainya.
  • Pemenang CKOM ke-8 dan CKOM ke-9 yang mana tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) TIDAK LAYAK sertainya. Untuk lihat pemenang CKOM sebelum ini klik sini
  • Hasil karya komik MESTILAH tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, Hakcipta karya sepenuhnya dipegang 100% oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.
  • Anda juga bersetuju karya anda digunakan untuk tujuan promosi.

SYARAT ISI KANDUNGAN KOMIK

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penghasilan komik menggunakan Kecerdasan Buatan atau A.I TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  • Penggunaan perkataan dialog ringkas / short-form tidak dibenarkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa (3R) dan seumpamanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik/online.
  • Oleh kerana komik akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu mengikut garis panduan Komik-M daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Anda boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my dan https://www.shopee.com/komikm
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan diTOLAK atau REJECT.

CARA PENGHANTARAN KOMIK

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja melalui borang disediakan.
  • Jika lukisan komik secara manual, anda perlu mengimbas / scan komik tersebut.
  • Fail format adalah dalam bentuk format .jpeg atau .png sahaja.
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah keseluruhan saiz fail komik (10 Muka surat) tidak melebihi 12MB.
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • AMARAN! Jangan muatnaik karya komik penyertaan anda dimana-mana media sosial sepanjang pertandingan ini berjalan.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 5 hari selepas tarikh penghantaran (jika komik anda tiada masalah).
  • Dengan menghantar karya komik, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.
  • PENTING! Kesemua komik penyertaan CKOM akan dipaparkan / muatnaik hanya 5 muka surat sahaja di Matkomik sebagai PREVIU.
  • Tekan butang dibawah untuk hantar penyertaan.
  • TARIKH TUTUP penghantaran pada 11 Disember 2025, 11:59pm (UTC+08:00 - Kuala Lumpur, Singapore).

PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keluar keputusan kelak.

HADIAH

  • Tempat Pertama : Akan diberitahu kelak
  • Tempat Kedua : Akan diberitahu kelak
  • Tempat Ketiga : Akan diberitahu kelak
  • 5 x Saguhati :Akan diberitahu kelak.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.
So apalagi, jangan cakap abang tak payung! Jom ramai-ramai sertainya!.

* Dikemaskini 21/07/2025

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAHNIAH! PEMENANG CKOM9

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!