CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19



TARIKH TUTUP DILANJUTKAN KE 31 OGOS 2021
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan melukis komik secara online iaitu CKOM yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema yang tertentu kini kembali lagi.

Untuk Cabaran Komik Online Malaysia ke-7 kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan komik berdasarkan tema 'MEDIK @ Perubatan'.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia.

TEMA

MEDIK @ PERUBATAN
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 Muka surat berdasarkan tema ‘MEDIK @ PERUBATAN’. Medik atau perihal perubatan, yang mana merujuk kepada doktor perubatan, pelajar perubatan, paramedik atau responder perubatan kecemasan dan lain-lain seumpamanya. Setiap mereka ada kisah yang hendak dikongsikan kepada umum.

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.
  • Pelukis / penulis yang telah ada komik solo dibawah terbitan pihak Komik-M tidak layak sertainya.
  • Pemenang CKOM ke-5 dan CKOM ke-6 yang mana tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) tidak layak sertainya.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah ia berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang 100% oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.

SYARAT ISI KANDUNGAN KOMIK

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penggunaan perkataan dialog ringkas tidak digalakkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik pemenang akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu ‘MESRA SYARIAH’ daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my dan https://www.shopee.com/komikm
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

CARA PENGHANTARAN KOMIK

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja melalui email hai@matkomik.com. Sertakan butiran seperti Nama,Umur,Tajuk Komik, Sinopsis Komik dan Genre Komik.
  • Jika anda buat melukis komik secara manual, anda perlu mengimbas / scan komik tersebut.
  • Fail komik tersebut perlulah disimpan (save) dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah keseluruhan saiz fail komik (10pg) tidak melebihi 12MB.
  • Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian ZIP/RAR dan namakan fail dengan betul dan teratur (Cth;- Page 1 / Mukasurat 1) bukan 'untitle' atau sebagainya..
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari (jika komik tiada masalah).
  • PENTING! Kesemua komik penyertaan CKOM akan dipaparkan / muatnaik hanya 5 muka surat sahaja sebagai PREVIU.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 8 Ogos 2021 31 Ogos 2021 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Dengan anda menghantar karya, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

PENGADILAN DAN PEMARKAHAN

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Manakala 3 karya komik yang mendapat undian tertinggi akan mendapat hadiah istimewa dari pihak Komik-M. Undian adalah berdasarkan sistem ‘star rating’ yang akan disediakan nanti.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.

HADIAH

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 2500
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1500
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 1000
  • 6 x Pemenang Saguhati : Wang Tunai RM 500.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.

Jom ramai-ramai sertainya!. Sebarang pertanyaan, anda boleh komen dibawah atau email kepada pihak kami.

* Dikemaskini 01/06/2021

Comments

  1. Panel x kisah an bape dlm muka surat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole lukis orang lidi tak?
      kene tulis belon dialog sekali ke?
      umur 12 tahun bole join tak?

      Delete
    2. orang lidi buto kau

      Delete
    3. Umur 12 tahun dah boleh join untuk CKOM 2023. Cubalah nasib korang.😊

      Delete
  2. Komik dibaca dari kiri ke kanan atau sebaliknya?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya..komfem kebanyakan medical practices under KKM..so apa yg akan kita tunjukkan ni adalah situasi sebenar staff KKM kita kan..boleh ke kita tunjukkan attitude yg x seberapa or mesti tunjukkan nilai murni je? Maaf kalau soalan pelik

    ReplyDelete
  4. boleh buat komik secara digital ke?

    ReplyDelete
  5. maximum muka surat mesti 10 je tak boleh lebih?

    ReplyDelete
  6. Boleh sy tny kertas a4 tu boleh lipat 2 tak?

    ReplyDelete
  7. Satu halaman A4 boleh mengandungi berapa adegan komik?

    ReplyDelete
  8. pergi kedai membeli pisang. banana

    ReplyDelete
  9. Macam mana nk mendaftar ya? Adakah perlu isi apa2 borang? Atau e-mail kan sahaja komik tersebut?

    ReplyDelete
  10. Guna digital art bley ke? Cerita pasal perubatan lain boleh ke selain covid 19..?

    ReplyDelete
  11. seorang peserta boleh berapa kali hantar karya?

    ReplyDelete
  12. maximum berapa mukasurat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. Kene guna font ape ek?

    ReplyDelete
  14. Kene guna font ape?

    ReplyDelete
  15. Saya nak try hantar, tapi size satu page 3 mb. Macam mana ya? Kalau 3x10, total 30 mb. Masih boleh terima ke? Sebab tak tahu nak buat macam mana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. resize file .jpeg sebelum save..ada di setting..saya pakai XSP saya resize to comic form 20% resolution utk setiap page..

      Delete
  16. kenapa saya dah hantar ikut semua syarat tapi masih x up dalam site matkomik? kecik hati saya tau..paling kurang bgtau la apa masalah supaya saya boleh betulkan sebelum tarikh tutup..ini diam je..sedih hatiku

    ReplyDelete
  17. Boleh saya tahu, berapa agar mm utk margin safe dlm A4?

    ReplyDelete
  18. Last hntr 31 Ogos kan ... pukul berape ?? Tepat pukul 12 kee ??

    ReplyDelete
  19. Salam, nak tanya. bila ya keputusa ln ckom keluar?

    ReplyDelete
  20. Dah 2022...Tah mana resultnya

    ReplyDelete
  21. nmk mnn.nkhkjjzagfsfsfssssssssfssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvffffffffffffffffffffffffffffvfffffvfvfdvvfhvvx cvcvfvfvfvfvvaaaaaaaaaaaaasssdrretawawawawawawawawawawawawawawawawawawawawawawawarw34q2q52x

    ReplyDelete
    Replies
    1. sazadxasdwaweawdwdsawdsawdsmuhammad firash hijazi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!