Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star


APA ITU MATKOMIK STAR ?

Suatu program eksklusif untuk pelukis komik yang berkongsi karya di website Matkomik. Dimana dengan adanya program ini, pelukis komik akan menjadi artis komik dibawah Matkomik serta dapat menjana pendapatan dari IP (Intellectual property) karya komik.

WEBTOON CHALLENGE ?

Webtoon berasal dari negara Korea Selatan yang mana gabungan perkataan "Website" + "Cartoon". Ia sama konsep dengan webcomic, dimana anda boleh membaca komik secara online. Tetapi kelainan pada Webtoon, adalah teknik bacaannya iaitu secara vertical atau kebawah. Teknik ini amat sesuai untuk bacaan di telefon pintar. Justeru itu ia menjadi fenomena pada masa kini. Di Malaysia, webtoon telah mendapat perhatian tetapi kebanyakkannya adalah komik terjemahan. Antara website yang popular ialah Webtoons serta Spottoon

Untuk itu cabaran ini di wujudkan. Tujuan utama adalah untuk menyediakan konten webtoon yang dihasilkan oleh pelukis komik Malaysia. Walaupun pelukis komik di Malaysia belum biasa dengan teknik ini. Tetapi ia berbaloi untuk dipelajari agar komik Malaysia kekal relevan.

TEMPOH :
Tiada tarikh tutup, anda boleh hantar bila-bila sahaja.

SYARAT DAN PERATURAN :
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia sahaja tidak kira bangsa dan umur.
  • Komik ONESHOT atau SIRI.
  • Comic strip atau komik 4 panel dibenarkan.
  • Boleh buat secara solo atau berkumpulan.
  • Style format bacaan Webtoon (format memanjang kebawah atau vertical ) - rujukan laman website www.webtoon.com
  • Tema komik BEBAS asalkan tiada isu-isu sentitif serta perkauman dan juga tiada unsur pornografi.
  • Isi kandungan serta asas cerita dan watak digalakkan berunsurkan Malaysia.
  • Komik dalam Hitam/putih atau berwarna penuh (Full Color).
  • Ukuran komik adalah memanjang kebawah / vertikal dengan lebar 700px (width) dan maksimum 30,000px (height) satu episod. Setelah itu 'crop' 1000px (height) dan dalam format JPG/PNG kemudian save as web, quality 50%, saiz fail maksimum 2MB (Rujuk gambar)

  • Untuk dialog, digalakkan untuk guna Font jenis Laffayette Comic Pro (download).
  • Menggunakan BAHASA MALAYSIA, penggunaan bahasa pasar dibenarkan kecuali perkataan budak-budak wicet / shortform tidak dibenarkan sama sekali.
  • Dilarang menciplak karya orang lain.
  • Karya komik adalah hakcipta 100% pelukis komik.

CARA HANTAR
  • Hantar melalui email sahaja ke hai@matkomik.com
  • Tajuk email Matkomik Star [Tajuk Komik Anda].
  • Sertakan sekali butiran ini; tajuk komik, sinopsis komik, genre komik, profil diri secara ringkas, media sosial dan lampirkan komik dalam satu fail folder kemudian 'zip'kan.

ADA PERTANYAAN?
Mohon komen di bawah atau hubungi Matkomik melalui email atau media sosial. Anda boleh juga join grup 'Geng Matkomik' agar tidak terlepas perkembangan terkini.

Comments

Popular posts from this blog

CKOM2018 - Menguji Kemampuan anda!

CKOM2017 - Sertai Pertandingan Melukis Komik Ini Dan Berpeluang Menangi Hadiah Wang Tunai Yang Lumayan