Peluang Berkarya di Surat Khabar Malaysia
Ini berita baik!
Surat khabar terkemuka di Malaysia mempelawa kepada anda yang berbakat untuk menghantar komik / kartun di ruang komik dan kartun di dalam khabar Utusan Malaysia.
Perkara ini telah di sahkan sepertimana di dalam status tuan Muhammad Azhar Abdullah - pelukis komik Liga Pendekar terbitan Komik-M dan Invasi terbitan Maple Comic.
Jadi jika anda berminat, bolehlah hasilkan karya dalam format ai atau jpg dan hantar melalui ke email ke [email protected].
Anda hendaklah sertakan sekali Nama Penuh, Alamat, Nombor ic dan Nombor Telefon.
> Baca juga : Cara hantar komik melalui Email
Untuk pengetahuan, ruang komik/kartun di Utusan Malaysia adalah separuh muka surat setiap hari. Ini adalah peluang untuk anda untuk membina nama dan karya anda dapat dibaca dalam surat khabar terkemuka Malaysia.
![]() |
sumber gambar dari facebook Muhammad Azhar |
Terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana sentiasa menyokong dan memeriahkan lagi persada komik malaysia.
Comments
Post a Comment