Cabaran Komik Online Malaysia Kembali lagi! dan Menangi Hadiah Wang Tunai!


Assalammualaikum dan salam sejahtera, tahun ini merupakan kali kedua matkomik menganjurkan 'Cabaran Komik Online Malaysia'. Pada penganjuran pada tahun 2014, telah menarik seramai 28 penyertaan yang bertemakan 'Bebas'. 

Karya komik Bujang Senang oleh Yoketouchi telah mendapat tempat pertama, manakala kedua Kebebasan yang Hilang oleh Inderawasih dan yang ketiga Bebas oleh Ahm Ahmad 


Berbandingan tahun lepas, Cabaran Komik Online Malaysia 2015 kali ini lebih Gah! dan Gempak!. Pemenangnya akan mendapat hadiah berupa wang tunai serta karya komik mereka berpeluang untuk terbit dalam komik Aku,Kau dan Cinta terbitan Komik-M. Bukan setakat itu sahaja, karakter komik yang menang nanti akan di cetak pada 'Throw Pillow' dari creativeunited.



Ok, untuk tema tahun ni adalah “CINTA” dan peserta perlu hasilkan komik 10 mukasurat berdasarkan perkataan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca syarat dan peraturan di sini

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2015

Hadiahnya adalah :

TEMPAT PERTAMA

Wang Tunai RM1000 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

TEMPAT KEDUA

Wang Tunai RM750 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ”Throw Pillow’)

TEMPAT KETIGA

Wang Tunai RM500 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

KOMIK PALING POPULAR

Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

Terima kasih kepada penaja hadiah iaitu Komik-M dan Creativeunited dan Buasir Otak sebagai media online.

Apa lagi jom join!!

Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19