5 Komik Malaysia Ini Bacaan Sesuai Sempena Bulan Ramadan


Assalammualaikum, bulan ramadan adalah bulan dimana kita perlu memperbanyakkan melakukan perkara yang beribadah dan mulia. Ini kerana kebaikkan yang kita buat pada bulan ini, akan mendapat ganjaran pahala berganda dari Allah. InsyAllah.

Begitu juga dengan komik, mencari bacaan yang sesuai adalah di galakkan. Janganlah kita membaca perkara-perkara fitnah yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Untuk itu, di sini saya kongsikan 5 Komik Malaysia bacaan sesuai sempena bulan ramadan. Bukan sahaja komik ini menghiburkan tetapi mempunyai mesej yang baik. Anda boleh baca ianya secara percuma. hanya di website matkomik.com

1. SOBAR
Sinopsis : Mengisahkan pelajar yang bernama Sobar yang berusaha bersabar menempuh ujian demi ujian menimpanya.

Ulasan : Komik ini mempunyai view dan rating yang baik serta komen yang positif dari kalangan pembaca matkomik.com. Hasil karya tuan MFR memang tidak di sangkal lagi, sinikal dan kritikal. Antara komen dari pembaca :
Bagus komik ni, dan tidak tipikal macam komik so-called islamic yang lain. Karya sebegini yang patut dibanyakkan. Ada nilai moral dan kritikal kepada realiti sosial di negara kita. Mabruq Akh.

2. ABU NUWAS
Sinopsis : Kisah Abu Nuwas ini telah dioleh dan ditulis semula mengikut kesesuaian masa sekarang. Olahan serta rekaan cerita baru perlu diteruskan agar terus mendapat kisah-kisah dan pengajaran yang segar.

Ulasan : Karya komik AhmedFani dengan kerjasama Projek iQra ini sememang mempunyai mesej yang tersendiri. Setiap strip komik mempunyai nilai pengajaran yang baik untuk diteladani.

3. Online Disinhibition Effect
Sinopsis : Dengan topeng siber, kita mula menunjukkan sifat sebenar.

Ulasan : Walaupun tajuk komik ini dalam bahasa Omputih, tetapi isi kandungannya berbahasa Melayu. Komik ini sememangnya mengambarkan keadaan sebenar zaman kini, yang mana rata-rata pengguna sosial media suka men'viral'kan perkara yang mengaibkan seseorang tanpa mengambi berat tentang situasi mangsa. Semuanya nak menjadi yang pertama dalam sesuatu isu. Karya Pyromania memang wajib baca!.

4. Kerana Mereka Pernah Bersabar Denganmu..

Sinopsis : Komik tentang pengorbanan IbuBapa dalam membesarkan kita.

Ulasan : Tak nak cerita banyak..sedih... :((

5.Ai Sayang Papa

Sinopsis : Kisah sempena Hari Bapa tentang seorang bapa dan anak yang selalu melalui pertelagahan tetapi akhirnya kasih sayang bapa dan anak tidak dapat dipisahkan.

Ulasan : Hasil komik dari Haiart, seorang finalis Cabaran Komik Online Malaysia 2014 yang melukis komik 'Shauqi'. Komik ini memang mengajar kita tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Wajib baca juga!

BONUS!
Just Because We Wear The Hijab




Sinopsis : Jangan menilai orang dari luaran sahaja.

Ulasan : Komik karya tuan AdiFitri pencipta komik Taubat Si Tanggang terbitan Maple Comic ini memang akan menyentapkan diri kita. Belum tentu yang pakai tudung itu baik, dan belum tentu yang baik tudung tak baik. Siapa kita untuk menilai hati budi perasan orang lain. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.




Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19