Bekas Juri Ini Dedahkan Cara Untuk Menangi Pertandingan CKOM8!

Sekarang ini sedang berjalan pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia yang dianjurkan oleh Matkomik dan penaja rasmi Komik-M. Pertandingan ini diadakan setiap tahun yang mana untuk menguji kemampuan pelukis atau penulis komik menghasilkan karya berdasarkan tema tertentu. Sekaligus memenangi hadiah wang tunai dan berpeluang untuk karya diterbitkan oleh penerbit terkemuka iaitu Komik-M.

Selain peserta perlu mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang telah ditetapkan, ada beberapa kriteria yang perlu pelukis atau peserta ambil tahu yang mana boleh memikat hati juri CKOM. Contohnya seperti kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti sesuatu karya tersebut. Hanya karya yang TERBAIK sahaja yang akan memenangi pertandingan ini.

Tetapi korang jangan risau, disini En Wanzu aka editor Komik-M telah dedah RAHSIA cara mudah untuk memenangi CKOM bersama bekas juri iaitu Tuan Froggypapa (Juri #CKOM7) yang mana beliau adalah artis veteran Komik-M dan banyak karya yang telah diterbitkan. Sudah pasti tip yang beliau berikan boleh dipercayai dan diamalkan! Tonton video di bawah ini untuk tahu lebih lanjut.



Di video ini Tuan Froggypapa kongsikan satu tips yang sangat berguna iaitu korang kena banyakkan membaca Komik-M, ini kerana Komik-M adalah standard yang digunakan oleh pertandingan CKOM. Ya! memang benar itu sahaja rahsianya. Jadi apalagi pergi ke kedai buku berhampiran atau beli sahaja secara online melalui Shoppe atau laman website Bookcafe.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai CKOM8 korang boleh baca syarat dan peraturan penyertaan CKOM8 korang boleh disini --> https://blog.matkomik.com/2022/12/ckom8.html

Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19