Korang Suka Makan, Suka Masak dan Suka Melukis, Join Pertandingan Ini


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Acara tahunan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema yang tertentu kini kembali lagi.

Untuk Cabaran Komik Online Malaysia ke-6 kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan komik berdasarkan tema 'MAKANAN / MASAKAN'.

Objektif Penganjuran CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia.

Tema

MAKANAN / MASAKAN
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 Muka surat berdasarkan tema ‘Makanan / Masakan’. Terapkan nilai-nilai murni atau nostalgia dalam cerita tersebut. Contohnya ;- kasih sayang antara mak dan anak dan lain-lain.

Syarat dan Peraturan Umum

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA pelbagai peringkat umur.
  • Pelukis / penulis yang telah ada komik solo dibawah terbitan pihak Komik-M tidak layak sertainya.
  • Pemenang CKOM ke-4 (2017) dan CKOM ke-5 (2018) tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) tidak layak sertainya.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah ia berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4 (210mm x 297mm).
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.

Syarat Isi Kandungan Komik

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penggunaan perkataan dialog ringkas tidak digalakkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik pemenang akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu ‘mesra syariah’ daripada segi kandungan cerita dan pakaian watak. Boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

Cara Penghantaran Komik

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja.
  • Jika anda buat melukis komik secara manual, anda perlu imbas / scan komik tersebut.
  • Fail komik tersebut perlulah di simpan (save) dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui online, resize komik sehingga jumlah saiz fail keseluruhan komik (10pg) tidak melebihi 12MB.
  • Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian ZIP/RAR dan namakan fail dengan betul dan teratur (Cth;- Page 1 / Mukasurat 1) bukan 'untitle' atau sebagainya..
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Komik hendaklah melalui online sahaja dengan mengisi borang yang telah disediakan. Klik button dibawah ini untuk hantar penyertaan.



  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari (jika komik tiada masalah).
  • PENTING! Komik akan dipaparkan / muatnaik hanya 6 muka surat sahaja sebagai previu sepanjang pertandingan.
  • PENTING! Selebihnya akan dipaparkan setelah pengumuman pemenang dibuat.
  • PENTING! Dan jika komik anda menang CKOM 6, komik anda kekal sebagai previu 6 muka surat dilaman website Matkomik. Untuk itu, pembaca perlu beli komik yang akan dicetak nanti untuk mengetahui cerita penuh komik tersebut.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 31 Januari 2020 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Dengan anda menghantar karya, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

Pengadilan dan Pemarkahan

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 70% undian juri profesional.
  • Manakalah 30% dari undian awam (berdasarkan sistem ‘star rating’ yang akan disediakan.)
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.

Hadiah

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1500
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1000
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 750
  • 6 x Pemenang Saguhati : Wang Tunai RM 500.
  • dan kesemua pemenang layak mendapat hadiah ini juga
  • Baucar Pembelian + Hadiah Eksklusif dari Bookcafe.
  • T-Shirt Eksklusif dari Expertees.
  • Baucar Set Patin Tempoyak dari Restoran King Patin.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.

Jom ramai-ramai sertainya!. Sebarang pertanyaan, anda boleh komen dibawah atau email kepada pihak kami.

* Dikemaskini 10/10/2019

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mmg kena tepat2 10 page or tu maximum jumlah page?

    ReplyDelete
  3. Penulisan dalam bahasa Melayu dalam blog ini perlukan pembetulan dari segi penggunaan "di" yang kemudiannya dipadankan atau disusuli dengan Kata Kerja atau Kata Nama dan Kata Arah. Bagi sebarang Kata Kerja (ie: makan, minum, cari... dll), penggunaan "di" hendaklah dirapatkan dengan perkataan tersebut, menjadikannya "dimakan", "diminum", "dicari" dan seterusnya. Bagi sebarang Kata Nama dan Kata Arah pula (ie: sekolah, sini, atas... dll), penggunaan "di" hendaklah dijarakkan dengan perkataan tersebut, menjadikannya "di sekolah", "di sini", "di atas" dan seterusnya. Harap maklum. Bersama-sama kita memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul.

    ReplyDelete
  4. nk tya mcm nk join pertandingan memasak ni

    ReplyDelete
  5. nak tanya, kalau page yg double tu, kena hantar seperate ke atau boleh je hantar page yg dh siap gabung?

    ReplyDelete
  6. Duit akan disalurkan melalui online bank atau ada majlis penyampaian hadiah?

    ReplyDelete
  7. Kalau krts A4 tu boleh bagi 2 ke buat melintang?😅😅

    ReplyDelete
  8. Admin, saya intend untuk join challenge seterusnya, Saya beginner tapi saya tau saya boleh buat! Bring it!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

Cara Hantar Komik Secara Online