CKOM2018 - Menguji Kemampuan anda!


Assalammualaikum..

Acara tahunan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema yang tertentu kini kembali lagi.

Cabaran Komik Online Malaysia 2018 kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan komik berdasarkan tema 'TENTERA'. Apa yang dimaksudkan dengan Tentera?, mohon baca lebih lanjut.

Terima kasih di ucapkan kepada penaja pertandingan ini, Komik M sebagai penaja utama. Oklah, tak nak cerita banyak, korang boleh baca syarat dan peraturan di bawah ini.

Objektif

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia.
* Dikemaskini 17/10/2018

Tema

TENTERA
Mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, definisinya ialah : 1. = bala ~ sl seluruh orang yg berpe¬rang; 2. pasukan yang terdiri daripada askar dll yang dilatih utk berperang (menjaga keselamatan dll); 3. = anggota ~ orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar dll); masuk ~ menjadi askar;

Untuk itu, peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 mukasurat berdasarkan tema ketenteraan dan pasukan beruniform.

Syarat dan Peraturan Umum

  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA.
  • Pelukis / penulis yang sudah ada komik solo dibawah terbitan pihak Komik-M tidak layak sertainya.
  • Pemenang CKOM tahun 2016 dan 2017 tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Pelukis / Penulis) tidak layak sertainya.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja (muka depan atau cover tidak dikira sebagai muka surat).
  • Muka depan atau cover tidak wajib tetapi jika hasilkannya, hendaklah ia berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4.
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang oleh pengkarya. Manakala, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.

Syarat Isi Kandungan Komik

  • Komik WAJIB dalam Bahasa Melayu termasuk tajuk komik.
  • Penggunaan perkataan shortform / ringkas tidak digalakkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut WAJIB yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik pemenang akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu ‘mesra syariah’ daripada segi kandungan cerita dan pemakaian watak. Boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

Cara Penghantaran Komik

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE (email) sahaja.
  • Jika anda buat secara manual, anda perlu imbas / scan komik tersebut.
  • Fail komik tersebut perlulah di simpan (save) dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui email, resize komik sehingga jumlah saiz fail keseluruhan komik (10pg) tidak melebihi 10MB.
  • Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian ZIP/RAR.
  • PERINGATAN! : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik original yang beresolusi tinggi. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda dipilih oleh editor.
  • Komik hendaklah melalui online sahaja dengan mengisi borang yang telah disediakan. Klik button dibawah ini untuk hantar penyertaan.



  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com sahaja.
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari selepas ianya di email.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 31 Disember 2018 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Dengan anda menghantar karya, ini bermakna anda setuju dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

Pengadilan dan Pemarkahan

  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.

Hadiah

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1500
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1000
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 750
  • 6 x Pemenang Saguhati : Wang Tunai RM 500.

  • Karya yang menang berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.

Jom ramai-ramai sertainya!. Sebarang pertanyaan, anda boleh komen dibawah atau email kepada pihak kami.

Comments

  1. Sangat menarik ini.Tapi saya cadangkan data peribadi tidak dikumpul melalui email.

    http://www.pdp.gov.my/index.php/en/soalan-lazim

    Apa-apa pun tahniah dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kena hasilkan komik 10 mukasurat, jika terlebih karya akan ditolak dari menyertai pertandingan ini.

      Delete
  3. Replies
    1. Terpulang pada anda, nak pakai software apa. Photoshop ker Medibang atau lain-lain mengikut keselesaan anda. Tetapi yang penting adalah penghantaran hanya melalui ONLINE, jadi fail format komik itu semestinya dalam fail JPEG atau PNG.

      Delete
    2. Lama dok folow je. Nak cuba nasib gak tahun ni hihi

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Jika membuat secara manual... Adakah tulisan itu ditulis tangan atau pun ditaip dalam komputer?

    Terima kasih��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, dialog kena ditaip menggunakan komputer..

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Kalau penyertaan secara berkumpulan, macam mana nak isi nama peserta? Sebab dalam borang ada satu nama sahaja untuk peserta.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Saye ingin tahu, bolehkah saye ingin hantar tajuk dan jalan cerita yg same dengan sedikit perubahan jika saye sudah hantar yg pertama?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalam 'alaikum tuan,

    untuk format text dlm bubble dialog, apa saiz font dan jenis font yg sesuai, mungkin tuan boleh cadangkan..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Cerita perlukan ending sempurna(mksdnya tiada sambungan lpstuh) ke atau 10 halaman ini dikira jilid pertama?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sekiranya look saya menceritakan sejarah yg membabitkan sesebuah negara, adakah ia akan melangkah start dengan menyinggung bangsa tsbut?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum
    Saya sudah menghantar komik saya pada 18/12,,,,tetapi ianya masih tidak di upload dalam penyertaan di laman utama matkomik kerana sudah lebih tempoh masa yang di tulis diatas iaitu diantara 1-3 hari selepas ianya diemail dan saya juga telah dinotify bahawa ianya telah berjaya. Jadi saya tertanya-tanya , adakah penyertaan email saya tidak dapat ke tangan tuan/puan? perlukah saya menghantar sekali lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah upload, maaf lambat, terlepas pandang lak.. huhuhu --> https://www.matkomik.com/2018/12/gambar-kenangan-oleh-zyeichuu.html

      Delete
  11. Assalmualaikum,
    Maaf, tapi saya baru menghantar komik saya beberapa minit tadi dan saya mendapati yang ada kesilapan dalam susunan fail yang dihantar. Jadi saya menghantar kali kedua komik tersebut yang telah dikemaskini, maaf jika ada kesulitan.

    ReplyDelete
  12. Jika ada dialog berbahasa inggeris (kerana dia orang Inggeris) dibenarkan ke? Atau perlu tukar ke bahasa Melayu?

    ReplyDelete
  13. Hello. Masih bolehkah saya menghantar lagi komik penyertaan hari ni? atau esok?? saya mmg berminat untuk sertai peluang ini. Saya baru nampak contest ini semalam...:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

Cara Hantar Komik Secara Online