4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut


Ramai yang bertanyakan tentang 'resize komik sehingga jumlah saiz fail keseluruhan komik (10pg) tidak melebihi 12MB' yang mana telah dinyatakan di syarat dan peraturan bagi pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia / CKOM.

Untuk itu disini saya kongsikan 4 Cara bagaimana korang boleh turunkan resolution tanpa merendahkan kualiti komik tersebut. 4 cara tersebut ialah dengan menggunakan:

  • Software Berbayar Adobe Photoshop
  • Software Percuma Gimp
  • Online - Convert Town
  • Online - Facebook


  • #1 Photoshop

    Buka file komik tersebut di Photoshop kemudian klik Image >> Image Size


    Akan keluar pop up menyatakan saiz dan resolution asal.


    Kemudian ubah angka Resolution kepada yang dikehendaki, dan lihat saiz fail telah berubah. Kemudian Klik File >> Save as Jpeg atau PNG.


    Selesai.

    #2 Gimp

    Jika korang tiada Adobe Photoshop, korang boleh gunakan Software percuma yang serupa dengan Photosop iaitu GIMP. Korang boleh download dengan Klik sini. Setelah install buka Gimp dan klik Image >> Scale Image.


    Akan keluar pop up menyatakan saiz dan resolution asal.


    Kemudian ubah angka Resolution kepada yang dikehendaki. Kemudian Klik File >> Export as Jpeg atau PNG.


    Selesai.

    #3 Convert Town

    Pergi ke laman Convert Town >> https://convert.town/image-dpi. Taip angka Resolution yang dihendaki dan upload file komik. Setelah selesai file akan auto download ke komputer korang.

    Selesai.

    #4 Facebook

    Laman Facebook mempunyai sistem tersendiri dimana gambar-gambar yang diuploadkan akan direndahkan resolution secara automatik.

    Untuk itu kita gunakan kelebihan yang tersedia ada ini. Pergi ke laman Facebook korang, pergi ke bahagian photo dan tekan Create Album. Upload komik korang dalam Album tersebut, sebelum tekan butang 'Post' pastikan korang setkan ke 'Only Me'. Setelah selesai tekan butang setting tekan 'Download Album'.


    Selesai.

    Ok setakat ini sahaja perkongsian ini , korang baca betul-betul dan fahami. Harap ia dapat membantu korang.

    Sekian

    Comments

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

    CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

    Cara Hantar Komik Secara Online