Matnovel - Platform Percuma Untuk Penulis Light Novel Malaysia


'Saya tak reti nak melukis komik tetapi saya ada cerita, camne ek?'

'Tak bestlah komik di matkomik, sy ada cerita best..siapa boleh lukis?'

'Saya suka menulis, ada tak laman khas untuknya?'

Mat selalu dapat pertanyaan macam ini, jadi setelah berfikir panjang akhirnya Mat telah buat keputusan.

Laman web Matnovel (http://www.matnovel.com) diwujudkan. Ianya sebuah platform PERCUMA untuk penulis Light Novel Malaysia untuk berkongsi karya penulisan.



Apa itu Light Novel?

Secara ringkasnya Light Novel ialah cerita ringan berbentuk tulisan yang mudah dibaca. Berbeza dengan novel biasa, kebiasaanya Light Novel ini akan diselitkan sekali dengan illustrasi-ilustrasi seperti manga. Di Jepun Light Novel kebanyakkannya diadaptasi dari manga atau anime.

Light Novel adalah bacaan untuk hiburan, jadi gaya penulisnya berbeza dengan sastera yang disasarkan untuk orang dewasa. Light Novel biasanya menggunakan gaya penulisan mudah dan sederhana yang mana sesuai untuk remaja.

Di Malaysia, Light Novel sedang meningkat naik. Kebanyakkan penulis akan berkongsi cerita mereka di laman wattpad, blog dan juga di facebook. Sebenarnya kita mempunyai ramai bakat penulis Light Novel yang mana boleh diketengahkan dan mereka ini mempunyai follower tersendiri.

Untuk itu, laman web Matnovel di wujudkan. Ia adalah untuk menghimpunkan penulis Light Novel seluruh Malaysia dan juga dapat memudahkan peminat Light Novel Malaysia untuk membaca.



Anda juga boleh menghantar karya penulisan secara online menggunakan borang yang telah disediakan.

Diharapkan dengan wujudnya laman web Matnovel, dapatlah membuka pelbagai peluang untuk penulis Light Novel di Malaysia.

Comments

  1. Macam mana nak join? Saya agak buta IT jadi saya tak tahu menahu sangat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19