Cabaran Komik Online Malaysia 2016 : Silent Comic + Hero


Assalammualaikum..

Yup! Cabaran Komik Online Malaysia kembali lagi. Acara tahunan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik Malaysia hasilkan karya komik berdasarkan tema yang diberikan.

Tahap kesukaran cabaran pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas. CKOM kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan Komik Bisu atau Silent Comic berdasarkan perkataan HERO.

Terima kasih di ucapkan kepada penaja pertandingan ini, Komik M sebagai penaja utama, Bookcafe sebagai penaja bersama, dan Buasirotak sebagai rakan media online. Oklah, tak nak cerita banyak, korang boleh baca syarat dan peraturan di bawah ini.


PENTING: Baca butiran-butiran dibawah ini dengan klik pada tajuk yang dihendaki dan fahaminya sebelum menyertai pertandingan ini.
KOMIK BISU / SILENT COMIC
Komik Bisu / Silent Comic ialah komik yang tidak mempunyai dialog atau perkataan. Ianya seperti storyboard sebuah filem. Penekanan dari segi gaya penceritan dan visual dalam persembahan karya komik adalah lebih penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tanpa bantuan dialog atau perkataan. Ia menguji kemampuan sebenar seseorang pelukis komik.
HERO
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 mukasurat berdasarkan perkataan 'Hero / Adiwira / Penyelamat'. Setiap orang mempunyai definisi tertentu tentang perkataan Hero. Pada mata seorang Anak, Ayah adalah Hero kerana membantu penyelesaian kerja matematik yang susah. Manakala pada pandangan seorang isteri, suami adalah Hero kerana membantu kerja-kerja di rumah. Untuk itu pelukis perlu hasilkan karya berdasarkan perkataan tersebut. Adalah lebih baik jika komik tersebut mempunyai mesej baik untuk disampaikan.
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira umur, pelukis komik amatur ataupun profesional.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja ('Cover' / Muka depan tidak dikira sebagai mukasurat.).
  • Jika hasilkan 'Cover' / muka depan, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4.
  • Isi kandungan komik berdasarkan perkataan 'Hero / Adiwira / Penyelamat'.
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang oleh pengkarya, manakala Komik-M memegang hakcipta penerbitan antologi.
  • Isi kandungan komik tidak mempunyai dialog / perkataan.
  • Penggunaan perkataan effect cth :- woosh~, ting.. / emoticons cth:- smiley, love / simbol seruan (!) , soal(?) adalah dibenarkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut MESTI yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik pemenang akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu ‘mesra syariah’ daripada segi kandungan cerita dan pemakaian watak. Boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.
PERINGATAN : Sebelum menghantar komik, pastikan anda mempunyai fail komik yang original yang resolusi tinggi dalam simpanan anda. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda menang.
  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja.
  • Jika anda buat secara manual, anda perlu imbas / scan komik tersebut.
  • Fail komik tersebut perlulah di simpan (save) dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui email, resize komik sehingga jumlah saiz fail keseluruhan komik (10pg) tidak melebihi 5MB.
  • Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian ZIP/RAR.
  • Komik hendaklah di hantar dan attach / beri URL link fail komik tersebut melalui email ke [email protected] berserta dengan detail seperti ini :
    Nama :
    No. Tel :
    URL Link Media Sosial :
    Profil ringkas diri anda :
    Tajuk Komik :
    Sinopsis Komik :
    Genre Komik :
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari selepas ianya di email.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 15 Disember 2016 20 Disember 2016 jam 1200AM (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah muktamad, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.
  • Tempat Pertama : Memangi hadiah Wang Tunai RM 1000 dan Voucher Bookcafe bernilai RM 100
  • Tempat Kedua : Memangi hadiah Wang Tunai RM 750 dan Voucher Bookcafe bernilai RM 100
  • Tempat Ketiga : Memangi hadiah Wang Tunai RM 500 dan Voucher Bookcafe bernilai RM 100
  • Saguhati : Voucher Bookcafe bernilai RM 50
  • 10 Finalis akan mendapat Hadiah Istimewa dari penaja sketches.my
  • Karya Komik TOP 10 akan diterbitkan oleh Komik M.

FAQ

Soalan-soalan Lazim

Kenapa buat pertandingan Silent Comic, susahlah..
Setiap tahun Matkomik mengajurkan pertandingan CKOM. Untuk kekal relevan dan fresh, perlulah membuat sesuatu yang berbeza dengan tahun sebelumnya, jadi kami memutuskan untuk buat cabaran Silent Comic ini. Ia adalah medan ujian kebolehan dan kemampuan seorang pelukis komik sebenar.
Tema HERO ini macam mane? tak pahamlah..
Sebenarnya macam ni, tak semestinya HERO itu seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa. Hero ini ada di kalangan kita cthnya; BOMBA yang menyelamat kucing tersangkut di pokok, Seorang Ayah yang menyelesaikan masalah kerja sekolah anaknya. Jadi setiap orang mempunyai pengertian tersendiri. Untuk itu, pelukis perlu hasilkan karya berdasarkan perkataan itu.
Kenapa buat TERBUKA kepada semua, nanti pelukis pro masuk, confirm menang!
Belum tentu lagi, cabaran ini adalah medan ujian bagi semua pelukis komik. Terpulang kepada mereka untuk sertai atau tidak. Lagi pun jika seorang pelukis amatur menang ke atas pelukis pro bukankah itu lebih baik! Bersainglah dengan sihat.
Saya nak sertai tapi saya tak pandai nak melukis, boleh ker?
Dekati pelukis komik yang anda kenali dan berkolabrasilah untuk sertai cabaran ini.
Saya melukis secara manual sahaja, tak reti digital..pos tak boleh ker?
Maaf, kami hanya menerima penyertaan secara online sahaja. Untuk itu anda perlulah scan/imbas komik anda ke komputer dan seterusnya menghantar melalui email ke [email protected]. Anda boleh baca lebih lanjut di bahagian 'Cara Penghantaran Komik'.
Umur saya 13 Tahun, bolehkah saya sertainya?
Yup! sudah tentu boleh. Penyertaan adalah terbuka.
Saya tak nak masuklah, nanti SENPAI kutuk,tak sukalah..boleh block dia tak?
Jangan begitu, sebenarnya SENPAI mencerminkan realiti masyarakat Malaysia sebenar. Tetapi tak semua macam SENPAI. Apa yang dikatakan beliau itu ada benarnya. Kita sebagai pelukis komik perlu mempunyai hati yang kental untuk terus survive dalam bidang ini. NO PAIN, NO GAIN!
Lukisan saya buruk, adakah karya saya akan di TOLAK?
Tidak. Kami tidak akan TOLAK karya anda selagimana anda tidak melanggar peraturan seperti yang telah dinyatakan. Penyertaan adalah terbuka.
Saya ada masih simpan karya yang pernah di tolak oleh penerbit, bolehkah saya hantar karya tersebut?
Boleh, selagi mana ia tidak pernah di terbit secara fizikal atau elektronik/online, anda boleh sertai cabaran ini.
10 mukasurat termasuk Cover tak?
Tidak.
Boleh tak lanjutkan tarikh tutup penyertaan, sebab saya sedang exam sekarang ni.
Buat masa ini ia tetap pada tarikh 15 Disember 2016. Banyak masa itu, takkan tak sempat nak buat.
Saya masih ragu-ragu untuk join pertandingan ini, apa yang perlu saya buat?
Join saja! menang kalah belakang cerita yang penting anda mencuba. Kalau tidak sekarang bila lagi?..^^

Comments

  1. By doing so, you are be} assured that you'll break break even and recoup all of your roulette losses as soon as you win only one guess. What I am about to describe would possibly sound very boring to those that play roulette for the thrill of it. Now it is time to see what you are be} alleged to do {once|as soon as} your cash is on the table. Once you get more assured and you have got} a confirmed document of optimistic results at roulette, this website options nice high curler video games that present you with|provides you with} the excitement you are 카지노 be} after. The bonus is calculated on your deposits so you can to|you presumably can} simply add the money to your account and keep it secure there until the bonus lets you discover ways to|learn to} win more typically.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

Cara Hantar Komik Secara Online

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!