Komik Kena Rejek? Apa Yang Perlu Anda Lakukan
Untuk pelukis komik baru, pengalaman karya komik di rejek oleh editor adalah sesuatu yang memeritkan. Dek kerana kecewa, ada juga di kalangan pelukis komik yang baru terus padam cita-cita untuk menjadi pelukis komik.
Jadi jika anda mengalami situasi begini apakah yang anda perlu lakukan?. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk pelukis komik yang mana karya kena rejek oleh editor.
Yup, tetap tenang. Jika ini pengalaman pertama komik anda kena rejek, mohon jangan kecewa. Sebenarnya ini adalah asam garam kehidupan sebagai seorang pelukis komik. Jika anda hendak ceburi bidang ini, anda perlu bersiap sedia dengan minda dan hati yang kental. Jangan beranggapan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Malah situasi juga berlaku kepada pelukis komik profesional.
Setelah hati dan minda anda tenang, bolehlah anda tanya editor tersebut. Mengapa karya komik anda di rejek?. Di mana silapnya. Minta komen dan maklumbalas dari Editor. Saya pasti, editor tersebut akan jawap dengan senang hati itupun jika anda pun minta secara baik.
Apa yang pasti setiap editor komik mempunyai soalan yang sama iaitu adakah komik ada boleh dijual? adakah komik ini akan laris di pasaran?. Perlu di ingati karya komik anda adalah 'produk' sesebuah syarikat. Jadi jika 'produk' syarikat itu tidak boleh di jual, maka syarikat akan mengalami kerugian. Setiap satu buku komik itu adalah kos-kos yang perlu di tanggung, contohnya; kos penerbitan, kos cetak, kos jualan dan lain-lain lagi. Dari untung jualan jugaklah anda sebagai pelukis komik akan mendapat bayaran. Besar jualannya, besarlah bayaran yang akan anda terima.
Anda juga boleh mendapat maklumbalas dari umum dengan berkongsi di laman media sosial seperti facebook dan instagram. Dapatkan maklumbalas dari rakan-rakan anda, mohon minta mereka komen secara ikhlas dan jujur. Di sini kita akan lihat bagaimana pelbagai reaksi dari mereka selaku pembaca. Ia bolehlah menjadi perkara yang berguna untuk karya komik anda.
Jadi setelah anda mendapat input atau maklumbalas dari editor serta maklumbalas umum, sekarang terpulang kepada anda. Adakah anda mahu memperbetulkannya semula karya komik anda mengikut apa yang editor katakan atau hasilkan komik yang baru kemudian hantar semula lagi.
Langkah ini adalah langkah terakhir jika anda rasa karya anda tidak mendapat perhatian editor. Anda boleh terbitkan sendiri secara komik 'indie' yang mana kebanyakkan ramai pelukis komik lakukan. Jual melalui media sosial atau di event komik. Kos cetak, kos penerbitan dan lain-lain lagi anda tanggung. Langkah ini juga akan mengajar anda perit gentir yang sebenarnya menjadi pelukis komik malaysia. Keputusan semuanya terpulang pada anda.
Ok, setakat ini sahaja pengkongsian saya. Saya harap tips ini akan membantu anda menjadi pelukis komik yang berjaya di masa akan datang.
Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia.

#1 Tetap Tenang, Ini bukan pengakhiran
Yup, tetap tenang. Jika ini pengalaman pertama komik anda kena rejek, mohon jangan kecewa. Sebenarnya ini adalah asam garam kehidupan sebagai seorang pelukis komik. Jika anda hendak ceburi bidang ini, anda perlu bersiap sedia dengan minda dan hati yang kental. Jangan beranggapan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Malah situasi juga berlaku kepada pelukis komik profesional.
#2 Dapatkan Maklumbalas Dari Editor
Setelah hati dan minda anda tenang, bolehlah anda tanya editor tersebut. Mengapa karya komik anda di rejek?. Di mana silapnya. Minta komen dan maklumbalas dari Editor. Saya pasti, editor tersebut akan jawap dengan senang hati itupun jika anda pun minta secara baik.
Apa yang pasti setiap editor komik mempunyai soalan yang sama iaitu adakah komik ada boleh dijual? adakah komik ini akan laris di pasaran?. Perlu di ingati karya komik anda adalah 'produk' sesebuah syarikat. Jadi jika 'produk' syarikat itu tidak boleh di jual, maka syarikat akan mengalami kerugian. Setiap satu buku komik itu adalah kos-kos yang perlu di tanggung, contohnya; kos penerbitan, kos cetak, kos jualan dan lain-lain lagi. Dari untung jualan jugaklah anda sebagai pelukis komik akan mendapat bayaran. Besar jualannya, besarlah bayaran yang akan anda terima.
#3 Kongsikan di Media Sosial dapatkan Maklumbalas
Anda juga boleh mendapat maklumbalas dari umum dengan berkongsi di laman media sosial seperti facebook dan instagram. Dapatkan maklumbalas dari rakan-rakan anda, mohon minta mereka komen secara ikhlas dan jujur. Di sini kita akan lihat bagaimana pelbagai reaksi dari mereka selaku pembaca. Ia bolehlah menjadi perkara yang berguna untuk karya komik anda.
#4 Pembetulan @ Buat Baru
Jadi setelah anda mendapat input atau maklumbalas dari editor serta maklumbalas umum, sekarang terpulang kepada anda. Adakah anda mahu memperbetulkannya semula karya komik anda mengikut apa yang editor katakan atau hasilkan komik yang baru kemudian hantar semula lagi.
#5 Terbit Sendiri
Langkah ini adalah langkah terakhir jika anda rasa karya anda tidak mendapat perhatian editor. Anda boleh terbitkan sendiri secara komik 'indie' yang mana kebanyakkan ramai pelukis komik lakukan. Jual melalui media sosial atau di event komik. Kos cetak, kos penerbitan dan lain-lain lagi anda tanggung. Langkah ini juga akan mengajar anda perit gentir yang sebenarnya menjadi pelukis komik malaysia. Keputusan semuanya terpulang pada anda.
Ok, setakat ini sahaja pengkongsian saya. Saya harap tips ini akan membantu anda menjadi pelukis komik yang berjaya di masa akan datang.
Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia.
:O daebak! Terbaiklah! Perkongsian ini mmg terbaik dan membangun. Saya akan berusaha!
ReplyDelete