Artis Komik Ini Adalah Yang Pertama Mewakili Malaysia Ke Jepun Menyertai Masterclass 2017, SMA Dan Ini Caranya


Siapa sangka pelukis komik dari Malaysia ini dapat menyertai senarai barisan Masterclass 2017, Silent Manga Award. Hyrohiku atau nama sebenarnya Ahmad Ezaddin Ahmad Salleh merupakan seorang pelukis komik separuh masa.

Apa itu Silent Manga Audition? SMA  ialah adalah acara pertandingan, yang bertujuan untuk mencari karya Manga (komik gaya Jepun) dari seluruh dunia. Pelukis perlu menghasilkan karya bisu atau silent comic berdasarkan tema tertentu oleh pihak pengajuran Coamix corp Jepun,. Setiap penyertaan akan dinilai oleh juri profesional dari Coamix. Pergi ke laman web http://www.manga-audition.com/ untuk lebih lanjut.

Manakala Masterclass adalah satu penghargaan kepada pemenang SMA untuk pergi ke Jepun untuk satu acara majlis anugerah iaitu Silent Manga Award. Di Masterclass ini juga pemenang berpeluang bertemu dan belajar dari pelukis Mangaka profesional di Jepun. Ini dalah satu peluang yang mengujakan!.


Dari seluruh dunia, Hyrohiku berusia 35 tahun telah berjaya menjadi yang pertama mewakili Malaysia. Beliau akan pergi ke Jepun pada penghujung Januari 2017. Ini merupakan impian tuan Hyrohiku sejak menjadi artis komik. Dream do come true! Baca karya SMA bertajuk Blind Vengeance Oleh Hyrohiku

Dan ini dalah tip dari beliau untuk majukan diri dalam melukis komik.

#1- Terus melukis, jangan berhenti.

#2- Cabar diri-sendiri, jangan selesakan diri buat benda yang sama.

#3- Belajar benda baru dengan fikiran terbuka, eksperimen cara sendiri. Sentiasa cuba mencari apa yang boleh dipelajari dalam apa yang dibaca, dilihat dan dibuat.

#4- Jangan selalu terkedu tengok karya orang, always look down....tengok, sayang, bangga dan majukan karya sendiri.

#5- Karya yang membuatkan pengkaryanya sendiri kagum, akan tanpa gagal membuat orang lain kekaguman.

#6- Sentiasa beri yang terbaik, yang hari ni lebih baik dari semalam, yang esok akan lebih baik dari hari ni dan seterusnya. Laksana dalam bentuk anak tangga yang sentiasa menuju ke atas.

Untuk pengetahuan juga beliau ada menyertai Cabaran Komik Online Malaysia / CKOM2016 dengan tajuk Si Hati Kayu. Klik sini untuk baca.

Jadi tiada alasan lagi untuk anda mengampai impian anda. Hyrohiku telah membuktikannya. Anda bila lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut