Posts

Showing posts from September, 2024

TAHNIAH! PEMENANG CKOM9

Image
Alhamdulillah, selesai Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah CKOM9 semalam di KLCC. Terima kasih kepada Komik-M, MDeC, MyComic, Bookcafe dan semua pihak yang membantu menjayakan serta memeriahkan majlis ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Jangan lupa buka e-mel kerana semua pemenang dihubungi melalui e-mel dari pihak Komik-M. Kepada yang belum menang, jangan risau. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ada karya-karya yang akan dipilih sebagai pilihan editor. Yang terpilih akan turut menerima hadiah yang bernilai sama dengan hadiah saguhati dan akan diterbitkan dalam antologi CKOM. Mereka yang terpilih akan dihubungi melalui e-mel. Berikut adalah pemenangnya : Kategori bawah 18 tahun : Tempat Pertama - HARAPAN AKHIR oleh Kaza Tempat Kedua - QADR oleh Stara Tempat Ketiga - SESAL oleh Starzy dan Najib Kategori TERBUKA : JUARA - BUAPAK SEGALA ZOMBIE oleh Topekcomics Naib Juara - 9 ke 5 oleh Toadfrogs Tempat Ketiga - BAYANGAN HUTAN ole

PENGUMUMAN PEMENANG CKOM9

Image
Rasmi! 14 September di KLCC! Terima kasih MDEC Cyberjaya dan Mycomic atas ruang serta peluang yang diberikan kepada Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) tahun ini. Daripada keseluruhan 122 penyertaan, komik-komik manakah yang akan dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama dan saguhati? Justeru dengan sukacitanya MatKomik, Komik-M, dan MyComic menjemput semua untuk hadir memeriahkan Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah CKOM9 bersempena acara Creators XPO KL yang diadakan di Hall 7, Kuala Lumpur Convention Centre. Masuk adalah percuma. Namun, perlu membuat pendaftaran di : go.matkomik.com/xQYDPb Dijemput datang beramai-ramai! #MYDCF #CREATORSXPOKL #ckom #ckom9 #zombie #matkomik #komikm