CKOM2017 - Sertai Pertandingan Melukis Komik Ini Dan Berpeluang Menangi Hadiah Wang Tunai Yang Lumayan


Assalammualaikum..

Yeah! Acara tahunan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema yang tertentu kini kembali lagi.

Pada CKOM kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan komik berdasarkan tema 'SUKAN'. Apa saja jenis sukan kecuali BOLA SEPAK.

Terima kasih di ucapkan kepada penaja pertandingan ini, Komik M sebagai penaja utama, Bookcafe sebagai penaja bersama, CreativeUnited, Buasirotak dan Sketches Online Store . Oklah, tak nak cerita banyak, korang boleh baca syarat dan peraturan di bawah ini.

PENTING: Baca butiran-butiran dibawah ini dengan klik pada tajuk yang dihendaki dan fahaminya sebelum menyertai pertandingan ini.

SUKAN
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 mukasurat berdasarkan tema 'SUKAN'. Terapkan nilai-nilai murni dalam bersukan. Contohnya :- persahabatan, kerjasama dan lain-lain.
  • Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA. Tidak kira umur, amatur ataupun profesional.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja ('Cover' tidak dikira sebagai muka surat).
  • Jika hasilkan 'Cover' / muka depan, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4.
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang oleh pengkarya. Manakala jika karya komik anda menang, Komik-M akan memegang hakcipta penerbitan.
  • Komik MESTI dalam Bahasa Melayu.
  • Semua jenis sukan boleh dijadikan cerita komik kecuali sukan 'Bola Sepak'.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut MESTI yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik pemenang akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu ‘mesra syariah’ daripada segi kandungan cerita dan pemakaian watak. Boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.
PERINGATAN : Sebelum menghantar komik, pastikan anda mempunyai fail komik yang original yang resolusi tinggi dalam simpanan anda. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda menang.
  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja.
  • Jika anda buat secara manual, anda perlu imbas / scan komik tersebut.
  • Fail komik tersebut perlulah di simpan (save) dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui email, resize komik sehingga jumlah saiz fail keseluruhan komik (10pg) tidak melebihi 5MB.
  • Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian ZIP/RAR.
  • Komik hendaklah di hantar dan attach / beri URL link fail komik tersebut melalui email ke hai@matkomik.com berserta dengan detail seperti ini :
    Nama :
    Nama Samaran :
    Alamat Rumah :
    No.IC :
    No. Tel :
    URL Link Media Sosial :
    Profil ringkas diri anda :
    Tajuk Komik :
    Sinopsis Komik :
    Genre Komik :
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari selepas ianya di email.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 15 Disember 2017 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah muktamad, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.
    KARYA PEMENANG, AUTOMATIK LULUS SEBAGAI PROPOSAL UNTUK SLOT KOMIK SOLO DI KOMIK-M.
  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1500 + Hadiah Tajaan Bookcafe ( Percuma Komik-M sepanjang tahun (Januari - Disember 2018) + Hadiah Tajaan Sketches.my + Hadiah Tajaan Creativeunited.my.
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1000 + Hadiah Tajaan Bookcafe ( Percuma Komik-M sepanjang tahun (Januari - Disember 2018) + Hadiah Tajaan Sketches.my + Hadiah Tajaan Creativeunited.my.
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 750 + Hadiah Tajaan Bookcafe ( Percuma Komik-M sepanjang tahun (Januari - Disember 2018) + Hadiah Tajaan Sketches.my + Hadiah Tajaan Creativeunited.my.
  • 5 x Pemenang Saguhati : Wang Tunai RM 600.
  • *KOMIK PILIHAN AKAN DICETAK SECARA INDIE OLEH BUASIR OTAK.
  • *Komik Pilihan akan ditentukan oleh Editor Blog Buasir Otak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut