Korea ada Webtoon, kini Malaysia ada Matkomik


Asal usul Webtoon dari negara Korea, ia adalah komik yang dipaparkan secara online dan boleh dibaca secara percuma. Apa yang membezakan webtoon dengan yang komik online lain adalah cara pembacaannya iaitu 'pageless' yang mana pembaca 'scroll' kebawah untuk membaca komik. Syarikat Naver menjadi perintis webtoon ini. Ketahui lebih lanjut di sini 

Dewasa kini, jika kita tidak ikut kehendak pasaran kita akan ketinggalan. Dengan kadar penggunaan 'smartphone' yang makin meningkat ia telah membantu karya komik korea menerusi Webtoon dikenali ke peringkat international. Ini bagus untuk industri.


Dengan sebab yang sama, laman web Matkomik di wujudkan. Bukan sahaja menyediakan platform secara percuma kepada pelukis tempatan untuk berkongsi cerita tetapi untuk memberi pendedahan kepada dunia tentang Komik Malaysia. Sama sepertimana yang telah dibuat oleh negara jiran kita, Indonesia. Kita sebenar sudah jauh ketinggalan, perlu cepat dan pandai cari peluang jika mahu berjaya.

Oklah, disini saya kongsikan pencapaian Matkomik dari sejak 3 tahun di tubuhkan

#1 - 100% Karya Anak Tempatan



Kesemua pelukis dan karya komik adalah 100% hasil anak tempatan. Sehingga hari ini Matkomik telah menghimpunkan 427 Karya Komik, 246 Pelukis Komik dari 13 Genre Komik.

#2 - Ia Dibina Oleh Pelukis Komik Sendiri

Yup! laman web Matkomik di bina oleh pelukis komik iaitu Artzam, yang mana dia seorang pelukis freelance/amatur dan fulltime graphic designer. Beliau bukanlah seorang yang pakar dalam bidang bina website ini, dengan hanya belajar sendiri secara online beliau akhirnya dapat membina laman web Matkomik secara berperingkat. Ikuti perkongsian di blog beliau.

Dari pelukis komik untuk pelukis komik.

#3 - View Pembaca Mencecah 70K / Sebulan


Sehingga artikel ini dihasilkan, jumlah capaian pembaca adalah lebih 70K / sebulan. Ini merupakan sesuatu yang di luar jangka. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong.

#4 - Mesra Mobile


Akhirnya, Matkomik mesra mobile. Yup anda boleh membacanya melalui 'smartphone' anda. Rekemen untuk membukanya melalui Google. Untuk pengetahuan ia masih dalam peringkat pembanggunan, jadi jika ada error atau issue harap dapat bersabar.

#5 - Top 3 Google 'Komik Malaysia'


Alhamdulillah, setakat sehingga hari ini laman web Matkomik telah mencapai Top 3 dalam engine carian google search dengan kata kunci 'Komik Malaysia'. Bukan mudah untuk mencapai ketahap begini memerlukan pengetahuan SEO dan semangat yang tidak pernah putus asas.


Comments

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

CKOM2017 - Sertai Pertandingan Melukis Komik Ini Dan Berpeluang Menangi Hadiah Wang Tunai Yang Lumayan

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut