10 Kartunis Lejen Kini Kembali Bergabung Semula Dalam Komik Jenama X


Jika korang baca Majalah Ujang mesti korang kenal kartunis - Gayour, Sireh, Bijan, Aie, Ubi, Sukun, Tembakau, Bawang, Lengkuas dan Nik. Semasa awal penerbitan Majalah Ujang kartunis-kartunis ini adalah peneraju Majalah Ujang sehingga berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai.



Antara karya yang popular pada ketika itu, Aku Budak Hostel oleh Ubi, Bersama Selamanya oleh Gayour, Loving Couple oleh Sireh, Mat Despatch oleh Lengkuas, Workshop Oleh Sukun, Blues Untuk Aku oleh Aie dan banyak lagi.

Setelah sekian lama menyepi, kini mereka bergabung semula di bawah sebuah entiti baru iaitu Jenama X. Jenama X atau Jenama 10 terbitan studio DiamDiam Ubi ini ialah sebuah buku antologi komik eksklusif daripada 10 kartunis lejen tanahair. Komik ini dijangkakan menemui pembaca pada bulan Julai 2016.



Untuk mengetahui lebih lanjut ikuti FB serta lawati laman web jenamax.com

Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19