Program Iklan Google


Maaf, program ini ditutup sementara kerana ada masalah dengan akaun google adsense.


Sebelum ini saya telah memperkenalkan 'Program Sokong Pelukis Komik', yang mana pelukis meraih pendapatan dari Donation secara sukarela dari pembaca. Donation tersebut akan terus ke akaun Paypal pelukis itu sendiri. Baca sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Pada kali ini pula, saya memperkenalkan 'Program Iklan Google' untuk pelukis komik malaysia, eksklusif hanya di Matkomik - Komuniti Komik Online Malaysia

Apa itu Program Iklan Google?
Secara ringkasnya, Program Iklan Google ini adalah program meraih pendapatan melalui iklan Google yang di letakkan di komik pelukis tersebut.

Kenapa mesti Google?
Umum tahu, Google Ads adalah tempat pengiklanan yang terbesar di online. Sekarang mereka sudah ada di Malaysia. Maka kita akan melihat iklan-iklan tempatan yang akan di paparkan tidak seperti sebelum ini. Syarikat-syarikat besar seperti Air Asia, Maxis, UMobile, Nestle, UNIQLO juga menjadikan Google Ads tempat pengiklanan mereka secara online.

Dimanakah Iklan Google ini akan di letakkan?
Code iklan Google akan di letakkan di bawah komik pelukis tersebut (Rujuk Gambar). Setiap pelukis komik mempunyai code iklan Google yang berbeza.


Siapa yang boleh sertai?
Program ini terbuka kepada semua pelukis di matkomik, tetapi program ini hanya layak kepada pelukis komik yang mana komik mereka menjadi Top 5 Komik Paling Dibaca dan Top 5 Komik Paling Digemari di wesite matkomik.


Kenapa?
Oh..ini adalah cara matkomik memberi penghargaan kepada mereka, ini kerana karya mereka telah mendapat perhatian ramai pembaca dan telah memberikan ramai pengunjung ke website matkomik. Anda juga boleh sertainya, jika karya komik anda menjadi menjadi Top 5 Komik Paling Dibaca dan Paling Digemari.

Bagaimana saya tahu karya komik saya menjadi Top 5?
Setiap bulan saya akan melihat analisis view dan rating setiap komik yang ditelah dipaparkan di matkomik. Jika komik anda menjadi Top 5 maka saya akan memberi tahu secara email atau war-warkan di page rasmi facebook matkomik.

Bagaimana saya hendak menjadi Top 5?
Soalan ini, agak susah sedikit kerana setiap pembaca mempunyai berlainan citarasa dan selera. Itulah dinamakan Seni. Tetapi disini mungkin saya boleh beri sedikit 'Guideline' untuk menghasilkan karya yang mendapat perhatian ramai. Karya komik perlulah dekat dengan pembaca dan mempunyai makna disebaliknya. Jangan terlalu memberi perhatian kepada stroke lukisan anda. Anda boleh lihat dan pelajari dari Top 5 yang ada sekarang.

Bagaimanakah Pelukis Komik akan dibayar?
Kadar kiraan iklan ini bergantung kepada pihak Google, kerana setiap iklan berlainan kadar bayarannya. Program ini masih tahap 'beta' lagi, jadi agak susah bagi saya untuk menentukan keberkesanannya mengikut bulan per bulan. Tetapi saya telah putuskan untuk perigkat awal ini, saya akan membuat pembayaran kepada pelukis setiap 6 Bulan sekali. Insha Allah

Bagaimana saya mengetahui analisa kadar iklan saya?
Setiap bulan saya akan emailkan analisa rating Google Ads (Rujuk Gambar) kepada anda. Di analisa ini anda akan dapat lihat jumlah pendapatan anda setiap bulan.



Berapakah peratusan pembayaran dari iklan ini akan diterima?
Setakat ini, program ini masih dalam peringkat 'Beta' / eksperimen lagi jadi agak susah untuk menentukan kadar peratusan yang tetap. Tetapi apa yang boleh katakan disini ialah pelukis komik akan mendapat 70%-100% dari pendapatan iklan tersebut. 

Bagaimana pula iklan lain yang ada di website matkomik?
oh..iklan-iklan tersebut adalah untuk menampung kos selenggara website matkomik, dan juga untuk program-program matkomik akan datang.

Akhir sekali, apa yang saya nak katakan, ini adalah salah satu cara terbaik saya telah fikirkan untuk pelukis komik meraih pendapatan dari melukis komik di website matkomik. Program ini hanya eksklusif bagi pelukis komik matkomik. Jadi jika anda seorang pelukis komik, hantar komik anda sekarang di Matkomik - Komuniti Komik Online Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19