Pencarian Artis Komik Humaira Publication



Haa.. ini peluang baik! Humaira Publication sedang mencari artis komik bagi mengisi slot genre Komik Islamik mereka. Humaira Publication merupakan penerbit Al-Quran dan buku-buku terbitan Malaysia serta Indonesia yang bermanfaat kepada pengguna Islam. Buku-buku mereka, anda boleh beli secara online di HumairaBookstore

Bagi menghantar proposal komik loose atau Drama pendek. Komik anda mestilah bertemakan patuh syariah, bermoral dan boleh pelbagai genre.




Antara komik islamik terbitan Humaira ialah Hari-hari Sayang Nabi Karya Nik Wafdi, Hari-hari Sayang Nabi Volume 2 Kolabrasi antara Nik Wafdi dan Aie Sulong. Tak lupa juga karya Bophairy Haip! Jangan Jadi 1/2 Muslim dan Macam Nilah Akhlak Nabi karya Alif Firdaus.






Nak menjadi sebaris artis-artis Komik Malaysia yang hebat ini?, Jadi..tunggu apa lagi?  jangan peram karya korang di bawah katil sahaja. Hantar sinopsis cerita, contoh komik dan rekaan watak anda ke humaira.kdeen@gmail.com. Maklumat lanjut boleh lawati facebook mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

CKOM2017 - Sertai Pertandingan Melukis Komik Ini Dan Berpeluang Menangi Hadiah Wang Tunai Yang Lumayan

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut