Posts

Pencarian Bakat Komik Seram Malaysia Kini Bermula!

Image
Assalammualaikum, sukacitanya Matkomik mempersembahkan pertandingan 'Pencarian Bakat Komik Seram Malaysia'. Anda rasa cerita anda seram? Nah! inilah peluang anda. Jom sertainya. Syarat dan peraturan seperti dibawah ini.

Inilah 5 Langkah Asas Untuk Hasilkan Komik Yang Perlu Korang Tahu

Image
Artikel asal ini telah dikongsikan oleh Danial Haikal di paradecomix.com

Hai semua! Korang berminat menghasilkan komik? Korang baru nak bermula… Hmm.. Ini langkah-langkah asas yang aku kongsikan! Hanya untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak (beginner), yang dah pro tu mungkin ada cara mereka tersendiri. Sebenarnya, terdapat beberapa langkah untuk menghasilkan komik. Tetapi INGAT, langkah-langkah ini tak termaktub untuk semua pelukis komik kerana setiap pelukis ada cara dan teknik mereka tersendiri untuk menghasilkan komik.

10 Kartunis Lejen Kini Kembali Bergabung Semula Dalam Komik Jenama X

Image
Jika korang baca Majalah Ujang mesti korang kenal kartunis - Gayour, Sireh, Bijan, Aie, Ubi, Sukun, Tembakau, Bawang, Lengkuas dan Nik. Semasa awal penerbitan Majalah Ujang kartunis-kartunis ini adalah peneraju Majalah Ujang sehingga berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai.

Korea ada Webtoon, kini Malaysia ada Matkomik

Image
Asal usul Webtoon dari negara Korea, ia adalah komik yang dipaparkan secara online dan boleh dibaca secara percuma. Apa yang membezakan webtoon dengan yang komik online lain adalah cara pembacaannya iaitu 'pageless' yang mana pembaca 'scroll' kebawah untuk membaca komik. Syarikat Naver menjadi perintis webtoon ini. Ketahui lebih lanjut di sini 
Dewasa kini, jika kita tidak ikut kehendak pasaran kita akan ketinggalan. Dengan kadar penggunaan 'smartphone' yang makin meningkat ia telah membantu karya komik korea menerusi Webtoon dikenali ke peringkat international. Ini bagus untuk industri.

Komik Kena Rejek? Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Image
Untuk pelukis komik baru, pengalaman karya komik di rejek oleh editor adalah sesuatu yang memeritkan. Dek kerana kecewa, ada juga di kalangan pelukis komik yang baru terus padam cita-cita untuk menjadi pelukis komik.

Jadi jika anda mengalami situasi begini apakah yang anda perlu lakukan?. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk pelukis komik yang mana karya kena rejek oleh editor.

Anak Anda Suka Melukis Komik? Ikuti 3 Tips Ini

Image
Anda mempunyai anak yang suka membaca komik dan juga suka melukis komik?. Semestinya sebagai ibubapa anda inginkan yang terbaik untuk anak anda.
Untuk itu, disini saya senarai 3 Tips untuk ibubapa yang mempunyai anak yang suka melukis komik.

#1 SOKONG

Jangan kutuk / kritik dengan kata-kata kesat dan berilah komen yang membina. Ini kerana, jika anak di cemuh atau di kritik pada benda yang mereka minati sejak dari kecil lagi, kesannya akan sampai ke dewasa yang mana akan mempengaruhi sikap dan emosi seseorang itu.
# 2 ILMU
Setiap perkara perlu ada ilmu hatta melukis komik / kartun pun. Hantarlah anak ke kelas asas melukis atau menonton video tutorial di youtube. Boleh juga join Toon Tuition Oleh Kartunis Taugeh

#3 KONGSI
Share juga di media sosial untuk mendapat reaksi orang lain. PM  atau email pelukis komik yang anda kenal, sudah tentu akan mendapat feedback yang akan membantu anak anda. 
Saya harap dengan pengkongsian ini, ikatan perhubungan anak dengan ibubapa akan menjadi lebih erat. D…

Mash-Up Battle - KeluangMan & Deadpool

Image
Mash-Up Battle merupakan pertandingan campur aduk 2 atau lebih watak karakter komik untuk dijadikan satu watak karektor yang baru. Ia mencabar peserta untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari kebiasaan serta kreatif. Pertandingan ini adalah anjuran Comicore Club - Komuniti Pelukis Komik & Kartunis Malaysia.

Bayangkan kalau KeluangMan digabungkan dengan Deadpool bagaimanakah rupa paras mereka? susah nak bayangkan bukan? Jadi marilah kita perah otak dan sertai 'battle' ini!!!
Panel juri akan memilih 3 orang pemenang yang paling kreatif design-nya dan beliau akan membawa pulang hadiah misteri dari Buasir Otak! serta T-shirt KeluangMan sumbangan Homework Studio.


Semua penyertaan battle akan dikompilasikan dalam webkomik no.1 Malaysia, Matkomik serta akan dipaparkan slide show montage dalam channel you tube 'pawagam Comicore'.
Battle ini bermula pada 20/2/2016 dan akan berakhir pada 4/3/2016.
UPLOAD PERYERTAAN ANDA DI https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/
#kelu…

Website Matkomik Berwajah Baru!

Image
Yep! laman web Komuniti Komik Malaysia  - Matkomik berwajah baru. Setelah berhempas pulas selama seminggu unuk menyiapkan, kini ia telah siap sepenuhnya. Laman web kini lebih mesra mobile, ini bermakna anda boleh melayari dengan menggunakan smartphone anda. Kini tiada alasan lagi untuk tidak membaca Komik Malaysia. Untuk membukanya rekomen untuk menggunakan web browser Google Chrome untuk kepuasan maksima.


So, apa pandangan anda tentang design baru ini.?..Mohon komentarnya untuk penambaikan pada masa akan datang.
Lawat Website

Borak Bersama Al-Hafiz : Melukis Manual Lebih Memuaskan

Image
Ok, sekarang giliran pemenang pertama Cabaran Komik Online Malaysia 2015, Al-Hafiz. Kita ikuti Borak bersama beliau yang di lakukan melalui email ini.

Klik Disini Untuk Segmen Borak Sebelum Ini
1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?


Saya berasa dari Pendang, Kedah. mula melukis sejak kecil kerana minat tetapi tidak pernah mendapat apa-apa pendidikan tentang art.. Selepas tamat sekolah pondok saya mula bekerja. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya pernah menjadi kartunis secara freelance selama hampir dua tahun. Berkarya di dalam majalah 'Blues Selamanya' terbitan syarikat MOY Publication. Saya kini bekerja sendiri dalam bisnes percetakan baju dan masih terus berkarya tetapi hanya sebagai hobi..

2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir?


Selepas mandapat berita tentang cabaran komik online dan ia berkonsepkan tentang cinta saya hanya mendapat idea sepintas lalu dan mula melukis…

Borak Bersama Hanza : Pernah Didenda Sebab Nak Jadi Kartunis

Image
Sebelum ini, Matkomik berBorak dengan Syewe Yoss - seorang student medic yang mempunyai bakat melukis komik luarbiasa dan kali ini pula Borak bersama pemenang tempat kedua CKOM2015 iaitu Hanza dengan karya Panda-Man. Jom ikuti berbual ini yang di lakukan melalui email.

1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?

Saya merupakan pelajar kursus animasi di universiti Multimedia, berumur 20 tahun. Dulu bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Saya mula melukis sejak kecil lagi (saya sendiri pun tak ingat bila) dan mula melukis komik secara serius selepas SPM.

Saya dibesarkan dalam masyarakat yang (pada pendapat saya) memandang rendah terhadap komik dan sudah beberapa kali saya dinasihatkan untuk berhenti melukis tapi saya ni jenis yang keras kepala. Haha. Pernah sekali saya didenda berdiri oleh cikgu bila menyatakan saya nak jadi kartunis. Bila saya kata nak jadi arkitek barulah saya dibenarkan duduk semula. Haha. Tapi Alhamdulillah, sekarang imp…