Posts

Komik Kena Rejek? Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Image
Untuk pelukis komik baru, pengalaman karya komik di rejek oleh editor adalah sesuatu yang memeritkan. Dek kerana kecewa, ada juga di kalangan pelukis komik yang baru terus padam cita-cita untuk menjadi pelukis komik.

Jadi jika anda mengalami situasi begini apakah yang anda perlu lakukan?. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk pelukis komik yang mana karya kena rejek oleh editor.

Anak Anda Suka Melukis Komik? Ikuti 3 Tips Ini

Image
Anda mempunyai anak yang suka membaca komik dan juga suka melukis komik?. Semestinya sebagai ibubapa anda inginkan yang terbaik untuk anak anda.
Untuk itu, disini saya senarai 3 Tips untuk ibubapa yang mempunyai anak yang suka melukis komik.

#1 SOKONG

Jangan kutuk / kritik dengan kata-kata kesat dan berilah komen yang membina. Ini kerana, jika anak di cemuh atau di kritik pada benda yang mereka minati sejak dari kecil lagi, kesannya akan sampai ke dewasa yang mana akan mempengaruhi sikap dan emosi seseorang itu.
# 2 ILMU
Setiap perkara perlu ada ilmu hatta melukis komik / kartun pun. Hantarlah anak ke kelas asas melukis atau menonton video tutorial di youtube. Boleh juga join Toon Tuition Oleh Kartunis Taugeh

#3 KONGSI
Share juga di media sosial untuk mendapat reaksi orang lain. PM  atau email pelukis komik yang anda kenal, sudah tentu akan mendapat feedback yang akan membantu anak anda. 
Saya harap dengan pengkongsian ini, ikatan perhubungan anak dengan ibubapa akan menjadi lebih erat. D…

Mash-Up Battle - KeluangMan & Deadpool

Image
Mash-Up Battle merupakan pertandingan campur aduk 2 atau lebih watak karakter komik untuk dijadikan satu watak karektor yang baru. Ia mencabar peserta untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari kebiasaan serta kreatif. Pertandingan ini adalah anjuran Comicore Club - Komuniti Pelukis Komik & Kartunis Malaysia.

Bayangkan kalau KeluangMan digabungkan dengan Deadpool bagaimanakah rupa paras mereka? susah nak bayangkan bukan? Jadi marilah kita perah otak dan sertai 'battle' ini!!!
Panel juri akan memilih 3 orang pemenang yang paling kreatif design-nya dan beliau akan membawa pulang hadiah misteri dari Buasir Otak! serta T-shirt KeluangMan sumbangan Homework Studio.


Semua penyertaan battle akan dikompilasikan dalam webkomik no.1 Malaysia, Matkomik serta akan dipaparkan slide show montage dalam channel you tube 'pawagam Comicore'.
Battle ini bermula pada 20/2/2016 dan akan berakhir pada 4/3/2016.
UPLOAD PERYERTAAN ANDA DI https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/
#kelu…

Website Matkomik Berwajah Baru!

Image
Yep! laman web Komuniti Komik Malaysia  - Matkomik berwajah baru. Setelah berhempas pulas selama seminggu unuk menyiapkan, kini ia telah siap sepenuhnya. Laman web kini lebih mesra mobile, ini bermakna anda boleh melayari dengan menggunakan smartphone anda. Kini tiada alasan lagi untuk tidak membaca Komik Malaysia. Untuk membukanya rekomen untuk menggunakan web browser Google Chrome untuk kepuasan maksima.


So, apa pandangan anda tentang design baru ini.?..Mohon komentarnya untuk penambaikan pada masa akan datang.
Lawat Website

Borak Bersama Al-Hafiz : Melukis Manual Lebih Memuaskan

Image
Ok, sekarang giliran pemenang pertama Cabaran Komik Online Malaysia 2015, Al-Hafiz. Kita ikuti Borak bersama beliau yang di lakukan melalui email ini.

Klik Disini Untuk Segmen Borak Sebelum Ini
1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?


Saya berasa dari Pendang, Kedah. mula melukis sejak kecil kerana minat tetapi tidak pernah mendapat apa-apa pendidikan tentang art.. Selepas tamat sekolah pondok saya mula bekerja. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya pernah menjadi kartunis secara freelance selama hampir dua tahun. Berkarya di dalam majalah 'Blues Selamanya' terbitan syarikat MOY Publication. Saya kini bekerja sendiri dalam bisnes percetakan baju dan masih terus berkarya tetapi hanya sebagai hobi..

2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir?


Selepas mandapat berita tentang cabaran komik online dan ia berkonsepkan tentang cinta saya hanya mendapat idea sepintas lalu dan mula melukis…

Borak Bersama Hanza : Pernah Didenda Sebab Nak Jadi Kartunis

Image
Sebelum ini, Matkomik berBorak dengan Syewe Yoss - seorang student medic yang mempunyai bakat melukis komik luarbiasa dan kali ini pula Borak bersama pemenang tempat kedua CKOM2015 iaitu Hanza dengan karya Panda-Man. Jom ikuti berbual ini yang di lakukan melalui email.

1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?

Saya merupakan pelajar kursus animasi di universiti Multimedia, berumur 20 tahun. Dulu bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Saya mula melukis sejak kecil lagi (saya sendiri pun tak ingat bila) dan mula melukis komik secara serius selepas SPM.

Saya dibesarkan dalam masyarakat yang (pada pendapat saya) memandang rendah terhadap komik dan sudah beberapa kali saya dinasihatkan untuk berhenti melukis tapi saya ni jenis yang keras kepala. Haha. Pernah sekali saya didenda berdiri oleh cikgu bila menyatakan saya nak jadi kartunis. Bila saya kata nak jadi arkitek barulah saya dibenarkan duduk semula. Haha. Tapi Alhamdulillah, sekarang imp…

Rumusan 2015 dan Rancangan 2016

Image
Selamat Tahun Baru 2016!

Niat awal wujudnya laman website Matkomik adalah sebuah experimental. Selain menyediakan platform untuk pelukis komik berkongsi karya di internet selain ruang media sosial ia juga sebagai menunjukkan suatu tanda sokongan saya kepada bidang komik Malaysia ini.

Borak Bersama Syewe Yoss - Pemenang Ketiga CKOM2015

Image
Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2015) telah kita ketahui. Tahniah! di ucapkan sekali lagi kepada pemenang. Pastinya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pemenang-pemenang tersebut. Untuk itu segmen 'BORAK' di perkenalkan. BORAK adalah sebuah wawancara atau temubual secara santai bersama pelukis komik. Kita akan mengetahui bagaimana pelukis komik mendapat inspirasi, tips dan teknik untuk melukis komik, melukis guna manual atau digital dan banyak lagi yang akan di kongsikan.
Bagi segmen borak kali ini, kita akan berborak bersama pemenang tempat ketiga CKOM2015 iaitu saudari Syewe Yoss. Ikuti di perbualan ini yang di buat melalui email.
1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Seperti kanak-kanak lain, saya juga suka menonton kartun dan membaca komik sejak kecil, malah kebanyakan ahli keluarga saya (pakcik dan makcik) juga meminati anime dan manga membuatkan saya membelek banyak komik sebelum saya mampu membaca lagi. S…

Belajar Dari Pakar Komik, Comicoaching Kembali lagi!

Image
Yeah! Comicoaching anjuran Comicore Club kembali lagi. Tapi kali ini pakar-pakar industri sanggup  turun padang untuk berkongsi ilmu kepada anda.
Apa itu Comicoaching?

Comichoaching adalah bengkel untuk terbit bagi mereka yang nak hasilkan komik sendiri. Di dalam bengkel ini akan di terangkan segala tentang kos cetak,susunan layout dan tetapan harga komik. Pada mereka yang berhasrat untuk terbitkan komik sendiri, mohon join bengkel ini. Ini adalah kali kedua Comicore Club menganjurkan Comicoaching, dan antara pakar yang akan mengajar ialah Reja Mus, Ahm Ahmad dan Nazry Salam.

Tarikh  : 23 Januari 2016 (Sabtu)
Lokasi  : Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu  : 9.00 pagi – 5.00 petang

Cara Sertai Bengkel ini :-
Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING” 
ke:  SMS / WHATSAPP : +6019 278 0120  Email : hello@comicoreclub.com
Terdapat 3 Jenis yuran pendaftaran, anda pilih yang mana satu? Type A - Individu: RM 110.00 Type B - Alumni (dari Siri 1) : RM 90.00,  Type C - …

Tahniah! Pemenang CKOM2015

Image
Alhamdulillah, keputusan pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) akhirnya telah di ketahui. Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah telah di adakan pada 2hb Januari bertempat AEON, Setiwangsa,KL sederhana tapi meriah.

Di majlis tersebut pihak Komik M telah mengumumkan 2 kejutan istimewa untuk 10 Finalis. Bukan sahaja pengumuman pemenang tempat pertama,tempat kedua dan tempat ketiga tetapi pengumuman pemenang tambahan iaitu 3 orang peserta saguhati. Saguhati tersebut adalah berbentuk hadiah wang tunai sebanyak RM 500 dan juga karya mereka juga akan berpeluang di terbitkan dalam komik antalogi.
Dan kejutan kedua ialah karya pemenang tempat 1,2 dan 3 termasuk pemenang saguhati akan di terbitkan antara salah satu 2 antalogi iaitu Aku, Kau dan Cinta #3 dan Aku, Kau dan Cun. Antalogi Aku, Kau dan Cun adalah khas untuk pelukis komik wanita sahaja. Jadi karya yang manakah akan diterbitkan diantara komik antalogi tersebut ia akan di tentukan oleh pihak editor Komik M.
CKOM2015…