Posts

Mash-Up Battle - KeluangMan & Deadpool

Image
Mash-Up Battle merupakan pertandingan campur aduk 2 atau lebih watak karakter komik untuk dijadikan satu watak karektor yang baru. Ia mencabar peserta untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari kebiasaan serta kreatif. Pertandingan ini adalah anjuran Comicore Club - Komuniti Pelukis Komik & Kartunis Malaysia.

Bayangkan kalau KeluangMan digabungkan dengan Deadpool bagaimanakah rupa paras mereka? susah nak bayangkan bukan? Jadi marilah kita perah otak dan sertai 'battle' ini!!!
Panel juri akan memilih 3 orang pemenang yang paling kreatif design-nya dan beliau akan membawa pulang hadiah misteri dari Buasir Otak! serta T-shirt KeluangMan sumbangan Homework Studio.


Semua penyertaan battle akan dikompilasikan dalam webkomik no.1 Malaysia, Matkomik serta akan dipaparkan slide show montage dalam channel you tube 'pawagam Comicore'.
Battle ini bermula pada 20/2/2016 dan akan berakhir pada 4/3/2016.
UPLOAD PERYERTAAN ANDA DI https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/
#kelu…

Website Matkomik Berwajah Baru!

Image
Yep! laman web Komuniti Komik Malaysia  - Matkomik berwajah baru. Setelah berhempas pulas selama seminggu unuk menyiapkan, kini ia telah siap sepenuhnya. Laman web kini lebih mesra mobile, ini bermakna anda boleh melayari dengan menggunakan smartphone anda. Kini tiada alasan lagi untuk tidak membaca Komik Malaysia. Untuk membukanya rekomen untuk menggunakan web browser Google Chrome untuk kepuasan maksima.


So, apa pandangan anda tentang design baru ini.?..Mohon komentarnya untuk penambaikan pada masa akan datang.
Lawat Website

Borak Bersama Al-Hafiz : Melukis Manual Lebih Memuaskan

Image
Ok, sekarang giliran pemenang pertama Cabaran Komik Online Malaysia 2015, Al-Hafiz. Kita ikuti Borak bersama beliau yang di lakukan melalui email ini.

Klik Disini Untuk Segmen Borak Sebelum Ini
1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?


Saya berasa dari Pendang, Kedah. mula melukis sejak kecil kerana minat tetapi tidak pernah mendapat apa-apa pendidikan tentang art.. Selepas tamat sekolah pondok saya mula bekerja. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya pernah menjadi kartunis secara freelance selama hampir dua tahun. Berkarya di dalam majalah 'Blues Selamanya' terbitan syarikat MOY Publication. Saya kini bekerja sendiri dalam bisnes percetakan baju dan masih terus berkarya tetapi hanya sebagai hobi..

2. Boleh jelaskan cara anda menghasilkan komik untuk CKOM2015 dari idea hingga ke akhir?


Selepas mandapat berita tentang cabaran komik online dan ia berkonsepkan tentang cinta saya hanya mendapat idea sepintas lalu dan mula melukis…

Borak Bersama Hanza : Pernah Didenda Sebab Nak Jadi Kartunis

Image
Sebelum ini, Matkomik berBorak dengan Syewe Yoss - seorang student medic yang mempunyai bakat melukis komik luarbiasa dan kali ini pula Borak bersama pemenang tempat kedua CKOM2015 iaitu Hanza dengan karya Panda-Man. Jom ikuti berbual ini yang di lakukan melalui email.

1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik?

Saya merupakan pelajar kursus animasi di universiti Multimedia, berumur 20 tahun. Dulu bersekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Saya mula melukis sejak kecil lagi (saya sendiri pun tak ingat bila) dan mula melukis komik secara serius selepas SPM.

Saya dibesarkan dalam masyarakat yang (pada pendapat saya) memandang rendah terhadap komik dan sudah beberapa kali saya dinasihatkan untuk berhenti melukis tapi saya ni jenis yang keras kepala. Haha. Pernah sekali saya didenda berdiri oleh cikgu bila menyatakan saya nak jadi kartunis. Bila saya kata nak jadi arkitek barulah saya dibenarkan duduk semula. Haha. Tapi Alhamdulillah, sekarang imp…

Rumusan 2015 dan Rancangan 2016

Image
Selamat Tahun Baru 2016!

Niat awal wujudnya laman website Matkomik adalah sebuah experimental. Selain menyediakan platform untuk pelukis komik berkongsi karya di internet selain ruang media sosial ia juga sebagai menunjukkan suatu tanda sokongan saya kepada bidang komik Malaysia ini.

Borak Bersama Syewe Yoss - Pemenang Ketiga CKOM2015

Image
Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2015) telah kita ketahui. Tahniah! di ucapkan sekali lagi kepada pemenang. Pastinya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pemenang-pemenang tersebut. Untuk itu segmen 'BORAK' di perkenalkan. BORAK adalah sebuah wawancara atau temubual secara santai bersama pelukis komik. Kita akan mengetahui bagaimana pelukis komik mendapat inspirasi, tips dan teknik untuk melukis komik, melukis guna manual atau digital dan banyak lagi yang akan di kongsikan.
Bagi segmen borak kali ini, kita akan berborak bersama pemenang tempat ketiga CKOM2015 iaitu saudari Syewe Yoss. Ikuti di perbualan ini yang di buat melalui email.
1. Boleh cerita serba sedikit berkenaan diri anda, dan bagaimana anda bermula melukis komik? Seperti kanak-kanak lain, saya juga suka menonton kartun dan membaca komik sejak kecil, malah kebanyakan ahli keluarga saya (pakcik dan makcik) juga meminati anime dan manga membuatkan saya membelek banyak komik sebelum saya mampu membaca lagi. S…

Belajar Dari Pakar Komik, Comicoaching Kembali lagi!

Image
Yeah! Comicoaching anjuran Comicore Club kembali lagi. Tapi kali ini pakar-pakar industri sanggup  turun padang untuk berkongsi ilmu kepada anda.
Apa itu Comicoaching?

Comichoaching adalah bengkel untuk terbit bagi mereka yang nak hasilkan komik sendiri. Di dalam bengkel ini akan di terangkan segala tentang kos cetak,susunan layout dan tetapan harga komik. Pada mereka yang berhasrat untuk terbitkan komik sendiri, mohon join bengkel ini. Ini adalah kali kedua Comicore Club menganjurkan Comicoaching, dan antara pakar yang akan mengajar ialah Reja Mus, Ahm Ahmad dan Nazry Salam.

Tarikh  : 23 Januari 2016 (Sabtu)
Lokasi  : Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu  : 9.00 pagi – 5.00 petang

Cara Sertai Bengkel ini :-
Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING” 
ke:  SMS / WHATSAPP : +6019 278 0120  Email : hello@comicoreclub.com
Terdapat 3 Jenis yuran pendaftaran, anda pilih yang mana satu? Type A - Individu: RM 110.00 Type B - Alumni (dari Siri 1) : RM 90.00,  Type C - …

Tahniah! Pemenang CKOM2015

Image
Alhamdulillah, keputusan pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) akhirnya telah di ketahui. Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah telah di adakan pada 2hb Januari bertempat AEON, Setiwangsa,KL sederhana tapi meriah.

Di majlis tersebut pihak Komik M telah mengumumkan 2 kejutan istimewa untuk 10 Finalis. Bukan sahaja pengumuman pemenang tempat pertama,tempat kedua dan tempat ketiga tetapi pengumuman pemenang tambahan iaitu 3 orang peserta saguhati. Saguhati tersebut adalah berbentuk hadiah wang tunai sebanyak RM 500 dan juga karya mereka juga akan berpeluang di terbitkan dalam komik antalogi.
Dan kejutan kedua ialah karya pemenang tempat 1,2 dan 3 termasuk pemenang saguhati akan di terbitkan antara salah satu 2 antalogi iaitu Aku, Kau dan Cinta #3 dan Aku, Kau dan Cun. Antalogi Aku, Kau dan Cun adalah khas untuk pelukis komik wanita sahaja. Jadi karya yang manakah akan diterbitkan diantara komik antalogi tersebut ia akan di tentukan oleh pihak editor Komik M.
CKOM2015…

Raikan Pemenang CKOM2015 di Aeon Au2 Setiawangsa

Image
Alhamdulillah akhirnya..

Sukacita Matkomik nyatakan di sini, pihak Komik M akan menganjur acara pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015 bertempat di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa),KL pada tarikh 2hb Januari 2016. Acara akan bermula jam 2.30 petang. Insha Allah.

Untuk pengetahuan, pemenang akan di umumkan pada acara tersebut, jadi Matkomik pun tak tahu siapakah yang pemenangnya.
Untuk itu, kesemua peserta CKOM2015 digalakan untuk hadir bagi mengetahui lebih lanjut.
Selain dari itu, 10 karya finalis CKOM2015 akan di pamerkan. Penantian korang selama ini berbaloi!! 
Nyatakan status kehadiran anda di sini --> http://bit.ly/kehadiranckom2015

100 Lebih Karya Komik Sertai CKOM2015 - Karya Manakah Yang Akan Menang!

Image
108 Penyertaan!!
.
Penyertaan CKOM2015 kali ini memang di luar jangkakan Matkomik. Jauh lebih baik dari CKOM2014. Terima kasih kepada kesemua yang telah memberi sokongan dan menyertai cabaran ini. . Sepertimana yang korang tahu, penyertaan untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015 telah TAMAT pada 31 November 2015. Jadi bagi sesiapa yang tak sempat dan juga kepada karyanya yang di tolak, korang boleh cuba untuk CKOM2016 pula. . Kini kesemua penyertaan ini akan diserahkan kepada Juri Profesional untuk di nilai. Dengan penyertaan yang banyak begini, jadi berilah masa kepada juri untuk menilai dengan sebaik-baiknya karya anda. . Untuk penentuan 'Komik Online Paling Popular' pengundian awam akan di lakukan sehingga 5 Disember 201510 Disember 2015. Selepas tarikh ini pengundian tidak akan di kira.
Baca kesemua peserta karya komik CKOM2015 --> http://bit.ly/ckom2015