Posts

Program Iklan Google

Image
Maaf, program ini ditutup sementara kerana ada masalah dengan akaun google adsense.


Sebelum ini saya telah memperkenalkan 'Program Sokong Pelukis Komik', yang mana pelukis meraih pendapatan dari Donation secara sukarela dari pembaca. Donation tersebut akan terus ke akaun Paypal pelukis itu sendiri. Baca sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Pada kali ini pula, saya memperkenalkan 'Program Iklan Google' untuk pelukis komik malaysia, eksklusif hanya di Matkomik - Komuniti Komik Online Malaysia
Apa itu Program Iklan Google? Secara ringkasnya, Program Iklan Google ini adalah program meraih pendapatan melalui iklan Google yang di letakkan di komik pelukis tersebut.
Kenapa mesti Google? Umum tahu, Google Ads adalah tempat pengiklanan yang terbesar di online. Sekarang mereka sudah ada di Malaysia. Maka kita akan melihat iklan-iklan tempatan yang akan di paparkan tidak seperti sebelum ini. Syarikat-syarikat besar seperti Air Asia, Maxis, UMobile, Nestle, UNIQLO juga menjadikan Goog…

Apakah Hukum Melukis Komik?

Image
Persoalan ini di bangkit di Forum Matkomik, salah seorang dari pembaca bertanya, apakah hukum melukis komik?

Mungkin soalan ini juga selalu korang tertanya-tanyakan. Apakah hukum melukis komik menurut islam. Ada kata haram, ada kata Makruh, ada yang harus. Jadi korang nak melukis pun tak senang duduk. Untuk itu disini saya kongsikan video oleh Ustaz Azhar Idrus tentang hukum melukis komik menurut islam.


Jadi, bagaimana? semua terpulang pada korang. Tepuk dada tanya selera. ^^

Pencarian Artis Komik Humaira Publication

Image
Haa.. ini peluang baik! Humaira Publication sedang mencari artis komik bagi mengisi slot genre Komik Islamik mereka. Humaira Publication merupakan penerbit Al-Quran dan buku-buku terbitan Malaysia serta Indonesia yang bermanfaat kepada pengguna Islam. Buku-buku mereka, anda boleh beli secara online di HumairaBookstore
Bagi menghantar proposal komik loose atau Drama pendek. Komik anda mestilah bertemakan patuh syariah, bermoral dan boleh pelbagai genre.



Antara komik islamik terbitan Humaira ialah Hari-hari Sayang Nabi Karya Nik Wafdi, Hari-hari Sayang Nabi Volume 2 Kolabrasi antara Nik Wafdi dan Aie Sulong. Tak lupa juga karya BophairyHaip! Jangan Jadi 1/2 Muslim dan Macam Nilah Akhlak Nabi karya Alif Firdaus.





Nak menjadi sebaris artis-artis Komik Malaysia yang hebat ini?, Jadi..tunggu apa lagi?  jangan peram karya korang di bawah katil sahaja. Hantar sinopsis cerita, contoh komik dan rekaan watak anda ke humaira.kdeen@gmail.com. Maklumat lanjut boleh lawati facebook mereka.

5 Komik Malaysia Ini Bacaan Sesuai Sempena Bulan Ramadan

Image
Assalammualaikum, bulan ramadan adalah bulan dimana kita perlu memperbanyakkan melakukan perkara yang beribadah dan mulia. Ini kerana kebaikkan yang kita buat pada bulan ini, akan mendapat ganjaran pahala berganda dari Allah. InsyAllah.
Begitu juga dengan komik, mencari bacaan yang sesuai adalah di galakkan. Janganlah kita membaca perkara-perkara fitnah yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Untuk itu, di sini saya kongsikan 5 Komik Malaysia bacaan sesuai sempena bulan ramadan. Bukan sahaja komik ini menghiburkan tetapi mempunyai mesej yang baik. Anda boleh baca ianya secara percuma. hanya di website matkomik.com
1. SOBAR
Sinopsis : Mengisahkan pelajar yang bernama Sobar yang berusaha bersabar menempuh ujian demi ujian menimpanya.

Ulasan : Komik ini mempunyai view dan rating yang baik serta komen yang positif dari kalangan pembaca matkomik.com. Hasil karya tuan MFR memang tidak di sangkal lagi, sinikal dan kritikal. Antara komen dari pembaca :
Bagus komik ni, dan tidak tipikal macam kom…

Berkongsi Pengalaman Berpuasa Dengan Hashtag InkRamadan

Image
Apa itu #InkRamadan?
InkRamadan secara ringkasnya adalah suatu cabaran melukis atau doodle sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan. #InkRamadan merupakan idea cetusan dari Group Comicore Club


Comicore berkerjasama dengan SketchesOnlineStore & Matkomik untuk menjayakan #inkramadan. 
Korang semua di jemput untuk menyertainya. Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca disini http://bit.ly/inkramadan

Memperkenalkan Logo Baru Matkomik

Image
Memperkenalkan logo baru Matkomik - Plain and Simple. Yeah!
Untuk design semula logo lama kepada logo yang sekarang ini, banyak sketch telah di lakukannya. 
Asas untuk design logo ini adalah untuk mengambil awalan perkataan Mat Komik iaitu 'M' dan 'K' untuk dijadikan logo. Setelah berpuasa hati dengan sketch, proses seteruskannya pindah ke perisian Adobe illustrator untuk menjadikan ianya vektor bagi memudahkan kerja-kerja mewarna.




Di proses ini juga,timbul beberapa idea design untuk menambah baik logo ini.

Jika korang perasan gak, bubble atau kotak dialog memang sengaja diletakkan bersama, yang mana bubble dialog ini sinonim dengan komik. 

Di suatu sudut pulak, korang juga akan perasan logo ini semacam lambang Super Hero. kan..kan..hihi

So apa pendapat korang tentang logo baru ini? Mohon beri komen di bawah.. 

Akan Datang - Logo Baru Matkomik

Image
Sudah setahun website matkomik memakai logo yang sedia ada ini. Semasa design logo ini, saya tidak memikirkan ia akan digunakan sehingga sekarang. Pada awalnya logo ini hanya sebagai tanda perkenalan website matkomik, jadi ia direka sebegitu rupa. Ia sebenarnya tidak boleh dikatakan sebuah logo, kerana terlalu banyak info yang ada di design tersebut. Jika anda seorang graphic designer, anda setuju dengan saya.
Untuk menjadikan matkomik lebih releven dan mengikut perkembangan terkini,sudah tiba masanya logo ini di perbaharui. Nantikannya..

Program Sokong Pelukis Komik

Image
1. Apa itu Program Sokong Pelukis (PSP)? 
PSP ialah salah satu sumber meraih pendapatan untuk pelukis komik yang berkongsi komiknya di laman web matkomik.com
2. Bagaimana ia berfungsi?  Program ini akan berlaku sekiranya pembaca menekan button 'Donate' yang telah disediakan dan membuat 'Donate' dengan menggunakan akaun Paypal. Ini terjadi apabila pembaca menunjukkan rasa penghargaan dan sokongan terhadap komik yang di baca dengan membuat 'Donate' kepada pelukis. 

Cara Hantar Komik Secara Online

Image
Di zaman teknologi sekarang, cara menghantaran komik tak semestinya dengan menggunakan surat semata-mata. Anda juga boleh menggunakan email. Dengan menggunakan email anda bukan sahaja membantu kerja posman menjadi mudah tetapi ia juga merupakan cara yang pantas untuk mendapat respon dari editor komik, samada karya komik anda di terima atau di rejek.

Jika anda ingin menggunakan email untuk menghantar komik anda, perlulah di ingati ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu dahulu. Anda TIDAK BOLEH sewenang-wenang menghantar email dengan begitu sahaja, attach komik pastu send... Jika nak karya anda di rejek 100% silalah buat begitu.

Akan Datang - App Matkomik

Image
Yup! betul. Saya sekarang sedang membangunkan App Matkomik. Apps ini nanti akan boleh download secara percuma di GooglePlay dan juga AppStore.

Untuk pengetahuan App ini masih dalam peringkat pembangunan awal. Saya sendiri yang membuatnya, oleh sebab ia akan mengambil masa sedikit dek kerana saya mempunyai ilmu tentang pembuat App agak kurang.

InshaAllah doakan semua akan berjalan dengan lancar.

Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia