Pencarian Bakat Komik Seram Malaysia Kini Bermula!


Assalammualaikum, sukacitanya Matkomik mempersembahkan pertandingan 'Pencarian Bakat Komik Seram Malaysia'. Anda rasa cerita anda seram? Nah! inilah peluang anda. Jom sertainya. Syarat dan peraturan seperti dibawah ini.



Peraturan Umum

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira umur, pelukis komik amatur ataupun profesional.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 mukasurat (tidak termasuk 'Cover') yang bersaiz A4.
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.

Isi Kandungan Komik

  • Komik MESTI dalam Bahasa Melayu.
  • Hasilkan komik bergenre atau berkaitan dengan SERAM/HORROR. Hasil gabungan SERAM + THRILLER / SERAM + DRAMA / SERAM + KOMEDI / SERAM + DAKWAH / SERAM + CINTA digalakkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi kata-kata kesat yang terlampau dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut MESTI yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan ditolak.

Penghantaran Komik

  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja.
  • Jika komik dihasilkan secara manual, komik perlulah di imbas atau 'scan' ke komputer.
  • Fail hendaklah disimpan dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Pastikan jumlah keseluruhan saiz fail komik (10pg) tidak melebihi 8MB.
  • Hantar melalui email ke matkomikmalaysia@gmail.com dengan tajuk email 'Seram_Tajuk Komik' berserta dengan butiran ini : Sinopsis Komik, Nama, Profil Ringkas Diri dan URL Link Media sosial anda.
  • Tarikh tutup adalah 15 September 2016 19 September 2016 jam 12:00AM (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.
  • Kesemua penyertaan akan di siarkan di laman web www.matkomik.com
  • PENTING! Setelah anda menghantar komik, anda telah SETUJU dengan syarat dan peraturan yang telah dinyatakan.

Pengadilan dan Pemarkahan

  • Cabaran ini akan membuat keputusan pengadilan berdasarkan 50% undian awam dan 50% undian juri profesional.
  • Top 15 yang mendapat undian populariti dan rate yang tinggi akan layak ke peringkat seterusnya bagi penentuan 10 karya terbaik yang dipilih Juri professional.
  • Juri professional adalah daripada golongan profesional dalam bidang komik.
  • Permarkahan juri profesional berdasarkan kreteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah muktamad, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.
  • PENTING! Jika pihak kami mendapati terjadinya aktiviti yang mencurigakan, komik anda akan dikeluarkan dari penyertaan.

10 karya Terbaik!

  • Karya akan diterbitkan dalam bentuk buku fizikal 'Komik Antalogi Seram' terbitan Matkomik.
  • Setiap pemenang akan mendapat 5 copy PERCUMA 'Komik Antalogi Seram'.
  • 70% dari hasil jualan 'Komik Antalogi Seram' akan dibahagikan kepada pelukis. 10 pelukis komik, 7% setiap seorang.

Soalan-soalan Lazim

Kenapa Matkomik menganjurkan pertandingan ini?
Pertandingan ini sebagai medan ujian pelukis komik untuk menghasilkan cerita seram yang akan disukai oleh orang ramai. Selain itu juga, ia dapat memberi peluang kepada karya pelukis komik diterbitkan dalam bentuk fizikal.
Saya nak sertai tapi saya tak pandai nak melukis, boleh ker?
Dekati pelukis komik yang anda kenali dan berkolabrasilah untuk sertai cabaran ini.
Saya melukis secara manual, macam mana nak hantar?
Kami hanya menerima penyertaan secara online sahaja. Untuk itu anda perlulah scan/imbas komik anda ke komputer dan seterusnya menghantar melalui email ke matkomikmalaysia@gmail.com Anda boleh baca lebih lanjut di bahagian 'Hantar'.
Umur saya 13 Tahun, bolehkah saya sertainya?
Yup! sudah tentu boleh. Penyertaan adalah terbuka.
Lukisan saya buruk, adakah karya saya akan di TOLAK?
Tidak. Kami tidak akan TOLAK karya anda selagimana anda tidak melanggar peraturan seperti yang telah dinyatakan. Penyertaan adalah terbuka.
Kenapa tiada hadiah berbentuk wang tunai?
Maaf, buat masa ini pihak kami tidak menerima sebarang penajaan untuk cabaran ini. Jadi terpulang pada anda untuk sertainya atau tidak. Tiada paksaan.
Saya ada masih simpan karya yang pernah di tolak oleh penerbit, bolehkah saya hantar karya tersebut?
Boleh, selagi mana ia tidak pernah di terbit secara fizikal atau elektronik/online, anda boleh sertai cabaran ini.
10 mukasurat termasuk Cover tak?
Tidak.
Bolehkah Cover komik saya berwarna?
Boleh, tetapi apabila ia dicetak akan tidak berwarna / Hitam Putih.
Boleh tak lanjutkan tarikh tutup penyertaan,sebab saya sedang exam sekarang ni.
Buat masa ini ia tetap pada tarikh 15 September 2016. InsyAllah jika ada permintaan ramai, pihak kami akan lanjutkan.
Kalau komik saya tidak syariah complaint boleh ker?
Boleh..asalkan isi kandungan komik tidak mengandungi kata-kata kesat yang terlampau dan unsur pornografi.
Kenapa buat pertandingan ini, Cabaran Komik Online tahun ini dah takde ker?
Oh..ini adalah sebagai 'warm up' sebelum pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 bermula pada akhir tahun ini. InsyAllah..
Saya masih ragu-ragu untuk join pertandingan ini, apa yang perlu saya buat?
Join saja! menang kalah belakang cerita yang penting anda mencuba. Kalau tidak sekarang bila lagi?..^^

Comments

Popular posts from this blog

CKOM9 - KOMIK A.I TIDAK DIBENARKAN SERTAI!

CKOM8 BERMULA - UMUR BAWAH 15 TAHUN PUN BOLEH JOIN!

CKOM KEMBALI LAGI! KALI INI TEMA MEDIK DIPILIH SEMPENA COVID19