Mash-Up Battle - KeluangMan & Deadpool


Mash-Up Battle merupakan pertandingan campur aduk 2 atau lebih watak karakter komik untuk dijadikan satu watak karektor yang baru. Ia mencabar peserta untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari kebiasaan serta kreatif. Pertandingan ini adalah anjuran Comicore Club - Komuniti Pelukis Komik & Kartunis Malaysia.

Bayangkan kalau KeluangMan digabungkan dengan Deadpool bagaimanakah rupa paras mereka? susah nak bayangkan bukan? Jadi marilah kita perah otak dan sertai 'battle' ini!!!

Panel juri akan memilih 3 orang pemenang yang paling kreatif design-nya dan beliau akan membawa pulang hadiah misteri dari Buasir Otak! serta T-shirt KeluangMan sumbangan Homework Studio.


Semua penyertaan battle akan dikompilasikan dalam webkomik no.1 Malaysia, Matkomik serta akan dipaparkan slide show montage dalam channel you tube 'pawagam Comicore'.

Battle ini bermula pada 20/2/2016 dan akan berakhir pada 4/3/2016.


#keluangman #deadpool #comicoreclub #komikmalaysia #animasimalaysia #battle

Comments

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut