Tukar Cerita Anda Ke Bentuk Komik

"Tak reti lukislah, tapi saya ada cerita.."
"Cerita saya best, kalau jadi komik lagi best kot.."
" Eleh..komik macam ni, aku pun boleh buat..lagi baik tau..tapi aku tak reti lukis komik.."

Itulah kata-kata biasa yang sering didengari oleh pelukis komik seperti kami. Untuk itu bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya mewujudkan laman web MyCerita atau Cerita Saya.
Secara ringkasnya, Laman web MyCerita merupakan himpunan cerita, kata-kata dan pengalaman seseorang yang boleh di jadikan inspirasi dan pengajaran kepada diri kita. Setiap cerita berbaloi untuk di kongsikan.
Setiap dari kita mempunyai cerita atau kisah dan pengalaman masing-masing. Ada yang perlu kita simpan untuk diri kita sahaja, tetapi ada juga yang perlu di kongsikan untuk agar menjadi pengajaran dan inspirasi kepada orang lain.
Untuk itu, kongsilah cerita/pengalaman/kata-kata anda ke laman ini. Setelah itu team 'MyCerita' akan merealisasi impian anda iaitu menukar cerita anda kepada bentuk komik.

Komik anda akan di siarkan di laman web Matkomik dan anda boleh kongsi di laman media sosial anda secara percuma.



Comments

Popular posts from this blog

Sertai Malaysia Webtoon Challenge Jadi Matkomik Star

4 Cara Untuk Turunkan Resolution Komik Tanpa Menjejaskan Kualiti Komik Tersebut